Pelajar IPT bawah KPM diberi cuti mengundi mulai 17 – 21 November

October 28, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan semua pelajar institusi pendidikan tinggi, termasuk Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional dan Tingkatan Enam, mendapat cuti pelepasan selama lima hari untuk pulang mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), pada 19 November depan.

Pengumuman itu turut dikongsi netizen dalam Facebook Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, yang juga calon Perikatan Nasional bagi kerusi Parlimen Putrajaya.

Menurut kenyataan KPM di Facebooknya, pelepasan cuti itu diberikan bermula 17 hingga 21 November selaras dengan pengumuman dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh PRU-15.

“Tempoh pelepasan yang diberikan ini adalah bagi membolehkan pelajar mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat perjalanan pergi dan balik ke lokasi pusat pengundian masing-masing.

“Ketetapan ini juga sebagai tanda sokongan KPM bagi pelaksanaan Undi18 yang telah diwartakan oleh kerajaan pada 1 Disember 2021 dan berkuat kuasa mulai 15 Disember 2021.

“Sehubungan dengan itu, semua kelas atau aktiviti yang melibatkan pelajar dalam tempoh tersebut perlu ditangguhkan ke suatu tarikh lain.

“KPM sentiasa komited untuk terus melaksanakan yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SPR sebelum ini menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi PRU-15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November, manakala bagi pengundian awal, tarikh ditetapkan pada 15 November.

Dengan penguatkuasaan Undi18, individu yang berusia 18 tahun akan didaftarkan secara automatik sebagai daftar pemilih.

Berdasarkan data, seramai 1.39 juta orang terdiri pengundi berusia 18 hingga 21 tahun akan mengundi pada PRU-15.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
10 jam lalu· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
December 2, 2022· Politik
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia berdaya saing jadi negara ekonomi digital
January 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok