Pelajar dan pensyarah IPTA di Kuala Pilah pula disahkan positif Covid-19

December 3, 2021 · Isu semasa

Penularan jangkitan Covid-19 melibatkan institusi pengajian dikesan lagi, kali ini melibatkan pelajar dan pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kuala Pilah.

Media melaporkan seramai 32 individu dari IPTA di Kuala Pilah disahkan positif Covid-19, ia mencetuskan satu lagi kluster baharu, Kluster Intan Delima 2.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap, berkata kes indeks kluster itu adalah daripada IPTA berkenaan.

“Setakat semalam, 32 individu terdiri daripada pelajar serta pensyarah disahkan positif, dan semuanya telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

“Seramai 105 lagi individu kontak rapat kes berkenaan pula dikuarantin di institusi terbabit sementara menunggu keputusan ujian saringan COVID-19,” katanya lapor BH.

Setakat ini, Mohd Faizal berkata, keadaan adalah terkawal dengan pihaknya juga telah melakukan kawalan secara pentadbiran, bermula semalam, bagi mengekang penularan wabak itu.

“Pasukan memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) meliputi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa agensi bertanggungjawab, melakukan pemantauan di lokasi dan tindakan kompuan akan dikenakan jika ada pihak yang ingkar,” katanya.

Semalam, Negeri Sembilan merekodkan pertambahan satu kluster baharu Covid-19 dikenali sebagai Kluster Intan Delima 2 di Kuala Pilah, menjadikan 11 kluster (tempatan) belum diisytiharkan tamat di negeri ini, hingga kini.

Kluster berkenaan ialah Kluster Industri Sungai Gemas; Industri Tiong; Jalan Seremban Tiga; Dataran Satria Dua; Tekir; Kepis Senaling; Jalan Putra Nilai; Jalan Bukit Rasah; Jalan Bandar Sri Serting; Intan Delima 2; dan Jalan Hutton.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok