Pelajar berusia 18 tahun dibenarkan terima vaksinasi

July 5, 2021 · Isu semasa

Vaksinasi dengan kebenaran ibu bapa dan penjaga akan diberikan kepada pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara dan telah mencecah usia 18 tahun pada tahun ini (2021).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan meminta surat perakuan kebenaran ditandatangani terlebih dahulu sebelum vaksin dapat diberikan.

“Satu syarat lain yang perlu dipenuhi adalah supaya ibu bapa atau penjaga mereka perlu menandatangani surat perakuan kebenaran bagi tujuan ini,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu, Khairy mengadakan sidang media perkembangan PICK hari ini bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Khairy sebelum ini berkata pelajar yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran di luar negara, boleh mendaftar untuk vaksinasi awal di aplikasi MySejahtera.

Beliau berkata terdapat ciri baharu khas diperkenalkan di Helpdesk aplikasi MySejahtera bagi memudahkan permohonan vaksinasi golongan tersebut.

Menurut Khairy, sejumlah 8,615 janji temu bagi permohonan awal untuk kategori pelajar yang ingin menyambung pengajian ke luar negara diterima telah diberi.

Khairy dalam pada itu berkata sebanyak 21 pusat pemberian vaksin (PPV) mula beroperasi hari ini, meliputi PPV awam dan PPV integrasi dengan kapasiti sehingga 5,000 suntikan sehari.

Antara PPV baharu yang dibuka adalah Dewan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan di Chenor, Pahang, Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA dan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat masing-masing di Selangor.

Khairy dalam pada itu berkata purata pemberian suntikan vaksin yang tinggi dicatatkan pada minggu lepas iaitu sebanyak 230,115 dos sehari.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok