Pelajar bergaduh: Kementerian belum terima laporan lengkap

April 7, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menunggu laporan terperinci mengenai pergaduhan membabitkan pelajar di sebuah sekolah menengah di Sepang, Selangor yang videonya tular di media sosial, sejak semalam.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata ia bagi membolehkan pihaknya membuat penelitian terlebih dahulu sebelum mengenakan tindakan sewajarnya, lapor Bernama.

“Kami belum terima laporan terperinci dan siasatan lanjut perlu dibuat untuk mendapatkan maklumat lengkap sebelum tindakan diambil,” katanya selepas melancarkan program Accelerated School Leaders Initiative (ASLI) di sini hari ini.

Dilaporkan, insiden pergaduhan itu dikesan berlaku 10.30 pagi membabitkan dua kumpulan pelajar sekolah berkenaan dipercayai berpunca daripada ejek-mengejek.

Mah berharap unsur dan elemen keharmonian lebih giat dipromosikan bagi membina jati murid selain mengelakkan berulangnya kes buli serta gaduh di mana-mana sekolah.

Sementara itu, ditanya mengenai tular isu kantin tidak dibuka sepanjang bulan Ramadan bagi melatih murid-murid berpuasa dan menghormati orang yang berpuasa, Dr. Mah berkata beliau telah menghubungi Ketua Pengarah Pendidikan Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid bagi tindakan lanjut.

“Bagi saya kita menghormati murid yang menunaikan ibadah puasa dalam masa sama tidak menghalang murid beragama lain untuk membeli dan mendapatkan makanan di kantin.

“Ketika ditanya kepada ibu bapa murid bukan Islam, tidak ramai pun murid bukan beragama Islam dan mereka bersetuju untuk bawa bekalan makanan dari rumah namun selepas mendapat laporan daripada pihak lain, maka pihak sekolah tidak menghalang kantin untuk beroperasi di bulan ini,” katanya.

Baru-baru ini, tular di media sosial berkaitan sebuah mesej di aplikasi WhatsApp yang diterima apabila pihak sebuah sekolah menjelaskan kantin tidak dibuka sepanjang bulan Ramadan disalah tafsir sehingga mengundang spekulasi selain disifatkan sebagai rasis.

Berita berkaitan
Mangsa buli sekolah sehingga hilang pendengaran peroleh ganti rugi RM600,000 lebih
October 17, 2023· Isu semasa
Jemput pelajar tahfiz ke konsert, Fadhli bidas penganjur tak sensitif
August 29, 2023· Politik
Gerakan sokong usaha ajar Hadis 40 di sekolah kepada sekolah agama: Dominic
August 27, 2023· Politik
Logo DAP pada cek sumbangan, Pemuda PN bidas tatakelola kerajaan PH-UMNO
August 24, 2023· Politik
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim
August 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok