Pelaburan langsung ke luar negara tahun lepas naik kepada RM602.1 bilion: MITI

March 1, 2023 · Isu semasa

Jumlah pelaburan langsung ke luar negara (DIA) syarikat Malaysia meningkat sebanyak 10.1 peratus kepada RM602.1 bilion pada 2022 berbanding RM547.0 bilion pada tahun sebelumnya.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) yang memetik data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia berkata DIA bagi tahun 2022 pula telah mencatatkan peningkatan ketara dengan pelaburan paling tinggi ke Singapura iaitu sebanyak RM126.8 bilion diikuti Indonesia (RM63.5 bilion) dan Belanda (RM38.8 bilion), lapor Bernama.

Bagi tahun 2021, pelaburan langsung ke luar negara mencatatkan pelaburan paling tinggi ke Singapura iaitu sebanyak RM109.4 bilion diikuti Indonesia (RM51.6 bilion) dan United Kingdom (RM35.2 bilion).

“Sektor yang menyumbang kepada jumlah DIA tertinggi bagi 2021 adalah sektor perkhidmatan iaitu sebanyak RM374.1 bilion dengan kenaikan sebanyak 8.6 peratus kepada RM406.2 bilion diikuti sektor perlombongan sebanyak RM65.2 bilion pada tahun 2021, meningkat sebanyak 16.6 peratus kepada RM76.0 bilion.

“Sektor perkilangan pula mencatatkan sebanyak RM53.7 bilion pada tahun 2021 dan turut meningkat sebanyak 10.8 peratus pada 2022 kepada RM59.5 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Kementerian itu menjawab soalan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) yang ingin tahu kedudukan pelaburan negara di luar negeri dan jumlah pelaburan bagi 2021 dan 2022.

Aliran keluar DIA yang meningkat terutamanya dalam aktiviti kewangan, perlombongan, perkilangan, dan pertanian menunjukkan daya saing yang tinggi syarikat Malaysia untuk berkembang dan bersaing serta mengambil bahagian dalam rantaian bekalan di peringkat serantau dan global, kata MITI.

Untuk rekod, MITI sebelem ini diterajui Menterinya, Datuk Seri Azmin Ali sebelum berlaku pertukaran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Azmin memegang portfolio di MITI serai Mac 2020 dibawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Berita berkaitan
Komuniti perniagaan Arab Saudi dipelawa PMX melabur di Malaysia
March 24, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat: Cadangan KWSP dicagar untuk buat pinjaman jadi tumpuan
March 21, 2023· Isu semasa
Malaysia akan permudahkan proses perniagaan untuk tarik pelabur berkualiti: Tengku Zafrul
March 15, 2023· Isu semasa
Gambar tular dengan Mat Sabu, Saravanan sahkan gambar asli
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
10 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
10 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
11 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
13 jam lalu · Isu semasa
27 penyelidik IPTA, IPTS terima geran penyelidikan MASA
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
7 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok