Pelaburan diluluskan bernilai RM80.6 bilion lonjak keyakinan pelabur

June 14, 2021 · Isu semasa

Rekod pelaburan diluluskan bernilai RM80.6 bilion dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama pada suku pertama 2021 bakal melonjak keyakinan pelabur untuk terus kekal di Malaysia dan membuka peluang pekerjaan yang baharu.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata rekod tersebut meningkat 95.6 peratus daripada tempoh yang sama tahun lepas dan ia bakal memberi harapan cerah kepada para graduan baharu untuk mendapatkan pekerjaan.

“Kelulusan untuk melabur di negara ini (yang) semakin meningkat akan memberikan satu pengharapan kepada graduan untuk memiliki pekerjaan dan mengaktifkan ekonomi Malaysia dalam pelbagai sektor,” katanya lapor Bernama semasa program Malaysia Petang Ini ‘Covid-19: Makna Disebalik Data’.

Mohd Uzir berkata pada masa yang sama, pertambahan nilai pelaburan yang direkodkan Malaysia akan mampu menurunkan kadar pengangguran di negara ini.

Menurut statistik Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran pada April 2021 merekodkan penurunan kepada 4.6 peratus atau pengurangan seramai 10,500 orang, iaitu kadar yang terendah sejak Oktober 2020.

Pengurangan 0.1 mata itu menjadikan jumlah penganggur kini seramai 742,700 orang berbanding 753,200 pada Mac tahun ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, cabaran dalam mendepani ancaman pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi negara sejak akhir tahun lepas berkemungkinan akan terjejas.

“Namun secara umumnya, berdasarkan data terkini Jabatan Perangkaan, ekonomi negara pada April 2021 menunjukkan corak pemulihan,” katanya.

Menurut statistik jabatan itu, keadaan ekonomi Malaysia dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menyusut sedikit sebanyak 0.5 peratus pada suku pertama 2021, tetapi mencerminkan pemulihan berbanding penguncupan 3.4 peratus daripada suku sebelumnya.

Peningkatan ini disokong oleh pengembangan dalam sektor perkilangan, pemulihan dalam pertanian dan prestasi lebih baik yang dicatatkan oleh semua sektor ekonomi berbanding dua suku terakhir.

Berita berkaitan
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Pengurus syarikat kerugian hampir RM80,000 ditipu pelaburan dalam talian
November 24, 2023· Isu semasa
Sindiket mata wang kripto RM50 juta lebih ditumpaskan
November 4, 2023· Isu semasa
Scam pelaburan Forex: Polis tahan 58 individu
October 20, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok