Pelabur masih pilih Malaysia sebagai destinasi utama

July 21, 2021 · Isu semasa

Langkah pemulihan ekonomi yang proaktif disamping pelaksanaan program vaksinasi yang berkesan memberi keyakinan kepada pelabur luar untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama, kata penganalisis ekonomi.

Menurut penganalisis Crisis Comm Peter Nicoll, pergerakan di pasaran Malaysia juga ternyata bertambah baik pada awal minggu ini walaupun sebahagian besar fokus lebih tertumpu ke atas pasaran Amerika Syarikat (AS) serta soal pelarasan dalam pelbagai portfolio menteri terbabit.

“Namun semua perkembangan ini berlaku sebelum pengumuman oleh (agensi penarafan antarabangsa) Fitch Ratings yang bertindak mengekalkan penarafan terbitan jangka panjang Malaysia berdenominasi mata wang asing pada BBB+ dengan prospek stabil.

“Ini merupakan satu perkara yang positif dan menjadi tumpuan para pelabur dan warga asing,” katanya lapora Bernama semasa wawancara program ‘Mid-Day Update’ hari ini.

Bagaimanapun, pada masa sama, Nicoll berkata aspek kestabilan politik terus menjadi kebimbangan utama para pelabur.

“Kita menjangkakan dapat melihat beberapa impak positif susulan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam beberapa minggu akan datang termasuk pengumuman mengenai kelonggaran untuk mereka yang lengkap dua dos suntikan vaksin yang dapat menggalakkan lebih ramai tampil mendapatkan suntikan itu.

“Apa yang boleh kita katakan, perkembangan ini menunjukkan bahawa Malaysia kini di landasan tepat untuk mencapai sasaran (imuniti kelompok),” katanya.

Selain itu, Nicoll menyifatkan sentimen pesimis dalam kalangan rakyat sebagai sesuatu yang telah dijangkakan kerana pandemik yang melibatkan jangka masa panjang dan rakyat perlu berurusan dengan pelbagai peraturan serta menyesuaikan diri dengan kehidupan dalam norma baharu.

“Malaysia masih lagi dalam fasa pengurusan pandemik dan belum beralih ke fasa pemulihan walaupun kita dapat melihat garis panduan yang lebih jelas mengenai peralihan berkenaan menerusi PPN,” katanya.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok