Pelabur asing kaut RM42.5 juta di Bursa Malaysia minggu lepas

September 12, 2022 · Isu semasa

Selepas tujuh minggu berturut-turut dana asing mengalir masuk, pelabur luar negara bertukar menjadi penjual bersih minggu lepas – melupuskan ekuiti bernilai RM42.49 juta.

Dalam laporan aliran dana mingguannya hari ini, MIDF Research (MIDF) berkata pelabur asing adalah penjual bersih dari Isnin hingga Khamis sebelum bertukar menjadi pembeli pada Jumaat.

“Sebahagian besar daripada aliran keluar bersih asing dilihat pada Selasa dan Rabu, masing-masing sebanyak -RM42.18 juta dan -RM45.72 juta.

“Warga asing turut mencatatkan jualan bersih -RM3.89 juta pada Isnin dan -RM2.6 juta pada Khamis, sebelum mencatatkan belian bersih RM51.9 juta nilai ekuiti pada Jumaat,” katanya menurut Bernama.

Selepas menjadi penjual bersih selama lapan minggu berturut-turut, institusi tempatan meraih ekuiti bernilai RM91.29 juta minggu lepas.

Mereka adalah pembeli bersih dari Isnin hingga Khamis, dengan sebahagian besar daripada belian bersih dilihat pada Selasa dan Rabu, masing-masing sebanyak RM59.26 juta dan RM51.36 juta, menurut MIDF.

Belian bersih pada Isnin dan Khamis, masing-masing berjumlah RM2.55 juta dan RM3.51 juta, bagaimanapun mereka menjadi penjual bersih pada Jumaat berjumlah -RM25.39 juta, katanya lagi.

Sementara itu, selepas empat minggu belian bersih, peruncit tempatan menjadi penjual bersih pada minggu lepas sebanyak -RM48.81 juta.

“Mereka memulakan minggu tersebut dengan belian bersih ekuiti bernilai RM1.35 juta sebelum menjadi penjual bersih untuk sepanjang minggu itu.

“Bahagian terbesar jualan bersih dilihat pada Selasa dan Jumaat, masing-masing berjumlah -RM17.08 juta dan -RM26.51 juta manakala Rabu dan Khamis menyaksikan jualan bersih, masing-masing sebanyak RM5.64 juta dan RM910,000,” menurut firma penyelidikan itu.

MIDF berkata tiga sektor utama yang menyaksikan aliran keluar bersih oleh pelabur asing pada minggu lepas ialah produk dan perkhidmatan perindustrian (-RM121.8 juta), perladangan (-RM35.7 juta) dan penjagaan kesihatan (-RM34.6 juta).

Sementara itu, tiga sektor utama dengan aliran masuk bersih ialah pembinaan (RM69.2 juta), telekomunikasi (RM47.9 juta) dan utiliti (RM25.1 juta).

Setakat ini, dana antarabangsa telah menjadi pembeli bersih selama 24 daripada 36 minggu pada 2022, dengan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM8.11 bilion.

“Sementara itu, institusi tempatan adalah penjual bersih selama 28 daripada 36 minggu, dengan jumlah aliran keluar bersih sebanyak –RM9.90 bilion manakala peruncit tempatan menjadi pembeli bersih selama 23 daripada 36 minggu pada 2022, dengan aliran masuk bersih sebanyak RM1.79 bilion,” katanya.

Berita berkaitan
Bursa ditutup rendah lagi, susut bawah paras 1,400
September 29, 2022· Isu semasa
Bursa Malaysia dibuka rendah didorang kegiatan mengambil untung
September 21, 2022· Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pelabur masih dalam kebimbangan
September 19, 2022· Isu semasa
Malaysia dijangka tidak alami kemelesetan, kata Pengerusi Bursa
September 14, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
October 5, 2022
Anak Najib terlepas kes tak bayar cukai RM10.3 juta, LHDN tarik balik rayuan
October 5, 2022
Ejen kosmetik diculik beritahu disembunyikan di Laos
October 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Menteri PAS, Bersatu utus surat kepada Agong maklum tak setuju PRU semasa banjir
3 minit lalu · Isu semasa
Mat Kilau, Paskal ditayang di Gaza
12 jam lalu · Isu semasa
PH terbit bajet bayangan 2023
13 jam lalu · Isu semasa
Tiada tunai dikeluarkan dari akaun Najib: Saksi beritahu mahkamah
15 jam lalu · Isu semasa
Najib mohon semakan kehakiman setelah dilarang hadir Parlimen
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
12 jam lalu
[VIDEO] Pandangan orang awam terhadap PRU15 diadakan tahun ini
October 4, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok