Pelabur asing jual RM479.7 juta saham minggu lalu: MIDF Research

October 18, 2022 · Isu semasa

Pelabur asing dilaporkan kekal sebagai penjual bersih ekuiti – enam minggu berturut-turut – di Bursa Malaysia dengan penjualan ekuiti bernilai RM479.7 juta pada minggu lalu, berbanding RM336.9 juta pada minggu sebelumnya.

MIDF Research berkata dalam minggu dagangan singkat itu, pelabur asing merupakan penjual bersih bagi setiap hari dagangan dengan aliran keluar paling ketara pada Khamis bernilai RM153.7 juta, manakala Selasa (RM140.3 juta).

Katanya, jumlah aliran keluar dana asing pada Rabu dan Jumaat pula masing-masing sebanyak RM86.4 juta dan RM99.3 juta.

“Sebaliknya, institusi tempatan menjadi pembeli bersih bagi setiap hari dagangan pada minggu lepas dengan nilai ekuiti masing-masing RM81.2 juta pada Selasa, berkurangan kepada RM44.2 juta pada Rabu dan seterusnya meningkat kepada RM131.5 juta pada Khamis serta susut sedikit pada RM111.5 juta pada Jumaat.

“Secara kumulatif, institusi tempatan membeli ekuiti bernilai RM368.4 juta pada minggu lepas,” katanya dalam laporan aliran dana mingguan menurut Utusan.

Firma penyelidikan itu memaklumkan, peruncit tempatan menjadi pembeli bersih pada minggu lepas dengan jumlah aliran masuk dana mingguan sebanyak RM111.3 juta iaitu belian bersih tertinggi pada Selasa sebanyak RM59.1 juta.

“Setakat ini, pelabur asing merupakan pembeli bersih ekuiti bagi 24 daripada 41 minggu dalam 2022 dengan jumlah aliran masuk dana sebanyak RM5.81 bilion.

“Selain itu, institusi tempatan menjadi penjual bersih selama 29 daripada 41 minggu dengan jumlah aliran keluar bersih sebanyak RM8.11 bilion manakala peruncit tempatan adalah pembeli bersih untuk 27 daripada 41 minggu setakat tahun ini dengan pembelian bersih RM2.30 bilion,” ujarnya.

Dari segi penyertaan, terdapat peningkatan purata nilai dagangan harian (ADTV) bagi semua kelas pelabur iaitu masing-masing 0.34 peratus bagi pelabur runcit, 16.6 peratus bagi pelabur institusi serta pelabur asing 16.3 peratus.

Menurutnya, antara saham yang menyumbang kepada aliran masuk utama adalah Petronas Chemicals Group Bhd. yang mencatat jumlah aliran masuk bersih tertinggi minggu lepas pada RM7.7 juta, seterusnya Malayan Baking Bhd. (RM2.4 juta) dan Petronas Gas Bhd. (RM2.2 juta).

“Semenatar itu, Public Bank Bhd pula antara kelompok saham mencatat penyusutan dengan aliran keluar terbesar sebanyak RM4.4 juta dan diikuti oleh Telekom Malaysia Bhd. (RM1.9 juta) dan Nestle (RM1.5 juta),” ujarnya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Bursa Malaysia ditutup Isnin depan sempena Deepavali
October 19, 2022· Uncategorized
Modal pasaran syarikat di Bursa Malaysia jatuh 6.1 peratus
October 18, 2022· Isu semasa
DDNK kena gantung lesen oleh SC
October 13, 2022· Isu semasa
Bursa ditutup rendah lagi, susut bawah paras 1,400
September 29, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
24 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok