Pelabur antara punca kejatuhan nilai ringgit: Menteri Kewangan

June 2, 2022 · Isu semasa

Kejatuhan dan kemerosotan nilai ringgit sejak kebelakangan ini adalah disebabkan komuniti pelabur antarabangsa yang gusar, termasuk dari segi ketegangan geopolitik dunia yang tidak menentu.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan keadaan itu menyebabkan pelabur memperuntukkan semula pelaburan dalam aset yang menjana hasil yang lebih tinggi di Amerika Syarikat (AS) dan menjadi punca kejatuhan nilai pelbagai mata wang dunia, termasuk ringgit.

Menurutnya, prospek pertumbuhan China yang dijangka lebih lemah tahun ini akibat sekatan pergerakan di bandar-bandar utama negara itu telah melemahkan mata wang yuan dan seterusnya memberi impak kepada ringgit.

“Ini kerana jumlah dagangan Malaysia-China adalah besar, dengan eksport Malaysia ke China mewakili 10.7 peratus daripada Keluaran dalam negara kasar (KDNK) (berbanding Indonesia: 2.1 peratus dan Thailand: 1.3 peratus),” katanya menerusi Laporan Kewangan Rakyat (LKR) ke-97 yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata situasi ketegangan geopolitik dunia yang tidak menentu juga memberi tekanan kepada ekonomi seluruh dunia.

Bagaimanapun, katanya, faktor tersebut dilihat sebagai sementara dan nilai mata wang ringgit dijangka kekal stabil dan terus mengukuh.

“Ringgit diuruskan secara aktif oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memastikan turun naik ringgit adalah terkawal dan tidak keterlaluan supaya sektor ekonomi dapat membuat perancangan pelaburan dan perbelanjaan berdasarkan nilai ringgit yang lebih stabil.

“Sebenarnya, yang lebih penting ialah asas-asas kukuh dalam ekonomi kita, seperti prospek pertumbuhan ekonomi negara yang kekal teguh,” katanya menurut Bernama.

Menurutnya, pengembangan ekonomi Malaysia sebanyak 3.6 peratus pada suku keempat 2021, dan 5.0 peratus pada suku pertama 2022 akan terus mendorong pengukuhan nilai mata wang ringgit.

“Ini turut dicerminkan oleh analisis terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang mengunjurkan perkembangan KDNK Malaysia sebanyak 5.75 peratus bagi tahun 2022, dipacu oleh permintaan terpendam dalam negeri dan permintaan luar yang terus kukuh,” katanya.

Beliau berkata Kementerian Kewangan yakin terhadap prospek pertumbuhan ekonomi negara yang teguh dan dijangka berkembang antara 5.3 dan 6.3 peratus pada 2022, sekali gus menyumbang kepada kestabilan nilai ringgit.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata Kementerian Kewangan telah menjalankan satu kaji selidik Bajet 2022 bagi mendapatkan maklum balas inisiatif yang telah dilancarkan sepanjang tahun.

“Kaji selidik bagi Bajet 2022 ini adalah terbuka buat umum dari 31 Mei hingga 17 Jun, 2022 dan sebarang maklum balas boleh diberikan di https://budget.mof.gov.my/manfaat/,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Bajet 2023 akan memberi tumpuan untuk mempromosikan dasar yang berfokuskan kepada prinsip persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG), berasaskan pembangunan ekonomi yang lebih mampan dan inklusif.

Katanya penekanan kepada sasaran sifar karbon bersih akan memberi impak positif yang kukuh untuk pelaburan, serta dijangka menjana sehingga RM60 bilion dalam KDNK setahun dan 300,000 pekerjaan.

“Insentif cukai akan terus disemak untuk memberi ganjaran kepada penggunaan teknologi dan operasi perniagaan berfokus ESG dalam belanjawan yang akan datang. Bagi tahun ini, kerajaan telah memberikan insentif cukai untuk kenderaan elektirk (EV).

“Melalui Bajet 2023, skop insentif ini mungkin akan diperluaskan untuk produk dan teknologi lain yang menghasilkan kurang pelepasan GHG (gas rumah hijau),” tambahnya.

Berita berkaitan
Aliran keluar dana asing meningkat kepada RM320.3 juta minggu lepas
9 jam lalu· Isu semasa
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
July 3, 2022· Dunia
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022· Isu semasa
Ringgit dijangka kekal menyusut berbanding dolar minggu depan
June 18, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
5 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
5 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
5 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
6 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok