Pekerja mesti lapor jika majikan langgar SOP, kapasiti 60 peratus

June 5, 2021 · Isu semasa

Pekerja sektor swasta diminta melaporkan kepada pihak berkuasa jika majikan memaksa mereka bekerja atau melanggar syarat kapasiti 60 peratus yang dibenarkan untuk diambil tindakan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata majikan yang memaksa pekerja hadir ke tempat kerja walaupun bukan melibatkan perkhidmatan penting perlu dilapor segera kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Beliau memberi amaran bahawa pekerja yang memakai gelang kuarantin juga tidak boleh dipaksa untuk hadir di tempat kerja dan jika berlaku keadaan sedemikian laporan mesti dibuat di Hotline KSM di talian 03-88862409, 03-88862352 dan 03-88889111 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Pekerja diminta lapor jika majikan langgar syarat kapasiti 60 peratus yang dibenarkan. Jika ada yang memakai gelang pink diarahkan bekerja, saya harap ia dilaporkan kepada KSM supaya dapat diambil tindakan dan semua pihak perlu bekerjasama memastikan tidak ada pelanggaran SOP.

“Kalau majikan yang paksa pekerja berkenaan untuk bekerja, majikan itu sepatutnya dikenakan tindakan namun saya faham, pekerja tiada pilihan kerana kemungkinan mereka ini diberi amaran, jika tidak hadir bekerja kemungkinan akan dipecat atau tidak dibayar gaji,” katanya pada sidang media selepas melawat sekatan jalan raya di Jalan Ampang, di ibu negara hari ini.

SeIain itu, Ismail Sabri berkata pihaknya juga menerima banyak aduan berkaitan premis perniagaan dan perkilangan yang bukan dikategorikan perkhidmatan penting beroperasi dalam tempoh sekatan pergerakan penuh.

“Kita dengar banyak rungutan orang ramai termasuklah di media-media sosial dan sebagainya mengatakan premis berkenaan dibuka dan tetap beroperasi walaupun ia dilarang. Oleh itu, semalam Perdana Menteri telah meminta untuk memperketatkan penguatkuasaannya,” katanya.

Ismail Sabri berkata orang ramai boleh membuat aduan di Malaysian Government Call Centre di talian 03-80008000.

Mengenai sekatan jalan raya (SJR), beliau berkata anggota Angkatan Tentera Malaysia, termasuk Askar Wataniah telah diatur gerak bagi membantu polis menjalankan rondaan dan melaksanakan SJR.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Solat sunat Aidilfitri: Jemaah digalak pakai pelitup muka
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok