Pekerja boleh memohon aturan kerja fleksibel, kata Awang Hashim

June 24, 2022 · Isu semasa

Pekerja di negara ini yang ingin bekerja secara fleksibel boleh membuat permohonan Aturan Kerja Fleksibel (AKF) kepada majikan masing-masing di bawah pindaan Akta Kerja 1955 yang akan mula dikuatkuasakan pada 1 September depan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata permohonan AKF itu perlu dibuat secara bertulis dan boleh meliputi perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan juga tempat bekerja.

“Apabila pemohonan dibuat, majikan perlu memberi jawapan kepada pekerja secara bertulis sama ada bersetuju atau menolak permohonan berkenaan dalam tempoh 60 hari dan perlu memberi alasan mengapa permohonan itu ditolak,” katanya di Alor Setar, semalam.

Terdahulu, beliau merasmikan program Simposium Keharmonian Perusahaan Wilayah Utara yang diadakan bertujuan meningkatkan hubungan majikan dan pekerja dalam menjaga kepentingan keharmonian perusahaan selain meningkatkan tahap pematuhan undang-undang.

Sementara itu, Awang berkata kajian juga telah dijalankan terhadap tempoh bekerja empat hari dalam seminggu bagi memastikan majikan tidak berdepan kesan yang teruk sekiranya ia dilaksanakan pada masa hadapan.

“Kajian telah dan sedang dijalankan. Setakat ini, kita lihat tempoh empat hari bekerja itu tidak mengurangkan produktiviti pekerja. Sekiranya ada majikan yang terkesan, kita akan ambil kira kajian berkenaan untuk dibincangkan di pihak kementerian,” katanya.

Semalam, pakar ekonomi Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan dasar tempoh bekerja empat hari dalam seminggu seperti yang mula dilaksanakan di beberapa negara maju berikutan faktor produktiviti yang rendah. – Bernama

Berita berkaitan
FMM bimbang pelan kerajaan hantar pekerja mahir ke Jepun
May 31, 2022· Isu semasa
RM7,800 kos ditetapkan bagi pengambilan pekerja Indonesia
March 23, 2022· Isu semasa
Tak sesuai lagi laksana gaji minimum RM1,500 sekarang ini: MEF
February 6, 2022· Isu semasa
Sebanyak 357,429 majikan sudah dibantu dengan peruntukan RM20.147 bilion
January 21, 2022· Isu semasa
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
July 3, 2022
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
9 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
10 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
11 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
13 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok