Pekerja asing: Wujudkah perkara tersembunyi daripada pengetahuan MPN?

September 30, 2022 · Isu semasa

Kenyataan Menteri Sumber Manusia (KSM), Datuk Seri M Saravanan yang mengatakan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mendapat laporan terkini berhubung pengambilan pekerja asing, dipertikaikan.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Malaysia Kelapan, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, beliau hairan dengan kenyataan itu apabila individu yang hadir memberi taklimat setiap kali mesyuarat MPN merupakan pegawai kanan KSM.

“Saya hairan juga. Setiap kali mesyuarat MPN, yang datang beri taklimat ialah pegawai kanan KSM. Adakah pegawai tak melaporkan perkembangan terkini kepada MPN? Tak mungkin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Khamis.

Malah menurut beliau, Timbalan Ketua Setiausaha KSM hadir ke bangunan Kementerian Kewangan (MOF) di Putrajaya untuk memberikan taklimat kepada MPN pada mesyuarat terbaharu, 27 September lalu.

Pada mesyuarat itu dilaporkan hanya 76,000 pekerja asing berjaya dibawa masuk daripada lebih 400,000 permohonan yang telah diluluskan dan telah dibayar levi.

“Dilaporkan juga, 10,000 pekerja asing dari Bangladesh akan dibawa masuk menerusi ‘projek khas’ yang tidak melalui Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS).

“MPN (seterusnya) membangkitkan persoalan mengapa tidak boleh lebih ramai pekerja asing dibawa masuk tanpa sistem FWCMS sekiranya 10,000 pekerja asing boleh dibawa masuk tanpa sistem berkenaan untuk menampung kekurangan pekerja yang meruncing pada masa ini.

“Bagaimanapun, tiada jawapan diberikan,” katanya.

Dr Marzuki seterusnya berkata, baru-baru ini, pegawai daripada syarikat mengendalikan FWCMS disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Adakah terdapat perkara yang disembunyikan daripada pengetahuan MPN?

“Saya tanya saja, saya bukan tuduh,” katanya lagi.

Pada Rabu, M Saravanan memberitahu pemberita bahawa telah banyak perkara dilaksanakan oleh KSM dan beliau yakin Muhyiddin tidak dimaklumkan mengenai perkembangan isu berkenaan serta akan menghantar laporan terkini berhubung masalah kemasukan pekerja asing.

Terdahulu pada Selasa Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri kecewa apabila hanya 16 daripada 69 perakuan berkaitan isu utama yang diusulkan MPN, dilaksanakan kerajaan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak wajar ugut penjawat awam hanya nak menang PRU-15: Perikatan Nasional
November 18, 2022· Politik
Kenapa perlu tunggu menang PRU baharu nak serah bukti?
November 12, 2022· Politik
PRU-15: Majikan tak boleh potong gaji pekerja keluar mengundi
November 10, 2022· Isu semasa
Pulih lebih cepat, pulih lebih hebat
November 4, 2022· Rencana
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
8 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
13 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
17 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok