Pek putik kapas, air mineral dibeli guna wang projek kapal LCS?

August 25, 2022 · Isu semasa

Air mineral, pek putik kapas, kain pembersih dan kipas adalah antara barang yang didakwa Rafizi Ramli boleh dibeli di 7-Eleven, tetapi dipesan oleh syarikat yang menerima kontrak membekal peralatan bagi pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS).

Timbalan Presiden PKR itu berkata menurut laporan audit forensik LCS, pesanan pembelian barang berkenaan yang dikeluarkan syarikat itu tidak dikategorikan sebagai alat ganti peralatan pertahanan untuk pembaikan dan kerja penyelenggaraan kapal.

“Kontrak membekalkan alat ganti LCS yang diberikan kepada Alizes Marine melibatkan bayaran sekitar RM210 juta antara 2011 hingga 2015 sahaja.

“Sebab itu ada beberapa soalan penting yang perlu dijawab berhubung stok alat-alat gantian kerana Laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) mendedahkan projek telah membeli sehingga RM1.7 bilion alat-alat ganti sedangkan kapal belum siap,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini (25 Ogos 2022).

Bekas ahli Parlimen Pandan itu kemudiannya membangkitkan persoalan berapa banyak daripada RM1.7 bilion barangan yang dibeli itu adalah alat ganti sebenar yang diperlukan untuk pembaikan dan penyelenggaraan kapal, selain memberi bayangan dengan bertanyakan berapa banyak barangan ini boleh dibeli secara biasa di pasar raya.

“Berapa banyak dari stok alat gantian itu sebenarnya untuk barang-barang kegunaan harian yang boleh dibeli di pasar raya biasa?

“Apabila UMNO/Barisan Nasional (BN) mendakwa projek telah mencapai 50 peratus kemajuan sehingga 2018 (sejak pembinaan bermula), berapa banyak dari peratusan kemajuan itu bersabit dengan pembelian barang-barang yang tidak ada kena mengena dengan alat gantian kapal seperti ini?,” kata Rafizi lagi.

Rafizi mendakwa sejumlah besar kontrak Alizes Marine Limited – kononnya syarikat palsu yang ditubuhkan untuk menyelewengkan dana – dengan kontrak kapal LCS adalah untuk membekalkan alat-alat gantian kapal.

Katanya syarikat itu dilantik dengan memberi gambaran bahawa ia berkaitan dengan sebuah syarikat Perancis – Alizes Marine France – yang mempunyai lesen pengeksport alat-alat gantian pertahanan dari Kerajaan Perancis.

“Setelah memperolehi kontrak membekalkan alat-alat ganti dari projek LCS, invois-invois dengan alamat palsu dihantar dan arahan pembayaran menyelewengkan dana ke syarikat-syarikat berlainan yang didaftarkan di Malta dan Labuan.

“Akaun bank yang digunakan juga dari Singapura, bukannya di Perancis. Laporan Forensik Projek LCS telah mendedahkan bahawa syarikat palsu ini tidak pun mempunyai lesen pengeksport alat-alat gantian pertahanan seperti yang didakwa,” kata Rafizi.

Isu kapal tempur itu menarik perhatian umum apabila PAC pada 4 Ogos lalu mendedahkan beberapa kelemahan dan kelewatan projek itu, walaupun kerajaan telah membayar sehingga RM6 bilion daripada keseluruhan kos pembinaan sebanyak lebih RM9 bilion.

PAC berkata projek membina enam kapal itu telah dianugerahkan oleh Kementerian Pertahanan kepada BNS melalui rundingan terus, dan kerajaan telah membayar RM6.08 bilion atau 66.65 peratus daripada kos setakat ini, tetapi hingga kini tiada satu pun LCS yang dihantar.

Projek itu mula dilaksanakan ketika UMNO/BN memerintah negara sebelum gabungan parti politik itu tumbang menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 lalu.

Akibat tumbangnya kerajaan BN yang memerintah negara sejak merdeka, beberapa skandal mula muncul termasuk skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia melibatkan 1MDB, SRC International Sdn Bhd (SRC), dan terbaharu projek LCS.

Kemuncak daripada skandal-skandal itu, Datuk Seri Najib Razak pada 23 Ogos lalu menjadi Perdana Menteri pertama yang mencatat sejarah Malaysia apabila dihantar menjalani hukuman penjara 12 tahun, setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya, berhubung kes SRC.

Berita berkaitan
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
2 jam lalu· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
2 jam lalu· Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
2 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
2 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
22 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
22 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok