Pejabat Peguam Negara sahkan Jho Low buat tawaran, Apandi berdiam diri

July 16, 2022 · Isu semasa

Susulan pendedahan berhubung tawaran penjenayah rasuah dikehendaki, Low Taek Jho atau Jho Low kepada kerajaan menyebabkan Pejabat Peguam Negara (AGC) tampil membuat penjelasan hari ini.

AGC membuat pengesahan berhubung pendedahan laporan Jhow Low membuat tawaran penyelesaian RM1.5 bilion menerusi wakilnya yang juga seorang bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali kepada kerajaan tetapi ditolak.

Pihak AGC memaklumkan kerajaan menolak tawaran yang dikemukakan oleh Jho Low.

Katanya, AGC mengesahkan bahawa dalam tahun ini, Jho Low melalui wakilnya membuat percubaan untuk mendapatkan satu penyelesaian dengan kerajaan Malaysia.

“Dalam percubaan ini, wakil Jho Low bertemu dengan beberapa agensi kerajaan Malaysia termasuk AGC.

“Semua tawaran penyelesaian wakil Jho Low ditolak oleh AGC,” kata pejabat itu dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Sebelum ini, The Edge yang memetik sumber, melaporkan cadangan itu dirunding dengan kerajaan melalui Apandi yang sebelum ini membersihkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Jho Low dalam kes salah guna kuasa dan rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Apandi menurut laporan media enggan memberi komen apabila ditanya berhubung isu tersebut.

Untuk rekod, Jho Low diletak sebagai individu yang sedang diburu kerana jenayah rasuah dilakukannya dan umum mengetahui ahli perniagaan itu bersekongkol dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam mencuri wang 1MDB.

Najib ketika ini sedang berdepan puluhan pertuduhan dan sedang dibicarakan di mahkamah ketika ini, malah sudah disabitkan bersalah dalam kes melibatkan anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

The Edge melaporkan sudah menghubungi Apandi bagi mendapatkan pengesahan berhubung pendedahan tersebut.

Jho Low dikaitkan sebagai dalang di sebalik skandal 1MDB dan telah didakwa tanpa kehadiran di mahkamah Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia.

Pada 2018, Jabatan Kehakiman AS sudah mendakwa Jho Low dengan konspirasi untuk mengubah berbilion dolar daripada dana kekayaan negara Malaysia, dan konspirasi untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Asing Amerika.

Di Malaysia, Jho Low dan rakan sekutunya berdepan lima pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$1.03 bilion. Jho Low juga menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram berasingan dengan pembantunya Eric Tan Kim Loong sebanyak AS$125.97 juta.

Pada 2020, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa satu lagi pertuduhan terhadap Jho Low dan rakan-rakannya, kali ini didakwa terlibat dalam konspirasi jenayah bagi membolehkan Najib menggunakan kedudukannya untuk menerima rasuah berjumlah RM60,629,839.43.

Jho Low berulang kali mendakwa dirinya tidak bersalah dan pada wawancara 2020 dia mendakwa hanyalah menjadi perantara dalam urusan 1MDB.

Sebelum ini semasa perbicaraan 1MDB melibatkan Najib, bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail, menyifatkan Najib mempunyai hubungan rapat dengan Jho Low.

Ismee berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram, mengenai apa yang dapat saksi itu rumuskan daripada hubungan kedua-dua individu berkenaan melalui pemerhatian ketika beliau (Ismee) berada dalam Lembaga Pengarah 1MDB antara 2009 dan 2016.

“Saya percaya ia adalah hubungan yang rapat,” katanya pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Ditanya sama ada beliau mengetahui secara peribadi mengenai butiran bagaimana kedua-dua individu itu berkongsi dana 1MDB, Ismee yang juga saksi pendakwaan ke-13 berkata, beliau tiada pengetahuan mengenainya.

Najib kini sedang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB, serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
23 jam lalu· Isu semasa
UMNO dan Pakatan Harapan masih kekok berkempen, masih keliru narafif politik
December 1, 2022· Politik
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
December 1, 2022· Isu semasa
Isu rasuah skandal kapal tak siap bakal senyap selepas UMNO bersama PH?
November 30, 2022· Politik
Popular
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
42 minit lalu · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
7 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
14 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
15 jam lalu · Isu semasa
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
December 1, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
14 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok