Pejabat MARA diserbu SPRM, siasat dakwaan salah laku

February 7, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu beberapa pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA), susulan dakwaan isu integriti membabitkan beberapa pegawai kanan agensi berkenaan.

Menurut sumber SPRM, serbuan dijalankan di Ibu pejabat MARA, Ibu Pejabat MARA Corporation dan di sebuah syarikat setiausaha korporat di sekitar ibu kota bermula kira-kira pukul 10.30 pagi tadi melibatkan seramai 11 pegawai, kata laporan Bernama.

Difahamkan serbuan berkenaan bagi mengumpul dokumen berkaitan salah laku yang dikaitkan dengan beberapa pegawai agensi itu yang sebelum ini ditularkan di laman sosial.

Pada Sabtu, SPRM mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan MARA yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi berkenaan.

SPRM memaklumkan pihaknya memandang serius dakwaan itu dan siasatan akan dijalankan bermula Isnin dengan mengambil keterangan beberapa saksi daripada MARA Corporation.

“Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 yang berkaitan dengan kesalahan mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk mendapatkan suapan,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
MB perlu bercuti sementara ketika siasatan sedang berjalan: Pemuda PAS Selangor
March 16, 2023· Politik
Bersatu buat laporan polis terhadap PMX, dakwa salahguna kuasa arah siasatan
March 15, 2023· Politik
Rakyat lihat lantikan Asyraf sebagai habuan politik, kata Shahril
March 14, 2023· Politik
Skandal LCS, PMX kata siasatan tak cukup pula walaupun sudah ada laporan PAC
March 14, 2023· Isu semasa
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
10 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
14 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
16 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok