Peja ketuai Skuad Prihatin Bersatu agih bantuan banjir di Terengganu

January 8, 2023 · Isu semasa

Lebih 400 keluarga yang tinggal di empat kampung di Permaisuri, di Setiu yang terkesan akibat banjir baru-baru ini, menerima agihan bantuan keperluan harian yang disampaikan Skuad Prihatin Bersatu, semalam.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengetuai kumpulan tersebut dalam mengagihkan bantuan keperluan asas kepada mangsa banjir yang terjejas di Terengganu baru-baru ini.

Empat kampung yang terlibat adalah Kampung Besut, Kampung Hulu Seladang, Kampung Padang dan Kampung Che Long.

Menurut Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris, rombongan misi bantuan banjir yang diketuai Ahmad Faizal juga turut menyantuni mangsa-mangsa banjir di daerah yang terjejas baru-baru ini.

“Semalam program menyatuni mangsa banjir bersama kepimpinan Pusat diketuai Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan kepimpinan Bersatu Negeri serta Bahagian berjalan dalam hujan berterusan.

“Skuad Prihatin Bersatu sentiasa bersedia meredah hujan, banjir dan apa jua keadaan yang membolehkan rakyat dibantu,” katanya kepada BeritaBersatu hari ini.

Terdahulu, Ahmad Faizal mendengar taklimat lawatan prihatin menyantuni mangsa-mangsa banjir di pejabat Badan Pimpinan Negeri BERSATU Terengganu.

Hadir sama, Timbalan Badan Pimpinan Negeri Bersatu Terengganu yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid.

Turut hadir, Penyelaras Skuad Prihatin Bersatu yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd Rafiq Mohd Abdullah.

Mengulas lanjut, Razali yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata selain bantuan keperluan harian, Skuad Prihatin Bersatu juga turut melibatkan diri dalam program gotong royong membersihkan kawasan dan baik pulih beberapa rumah yang terkesan akibat banjir.

“Skuad Prihatin Bersatu sentiasa turun padang memberi khidmat dan sumbangan kepada mangsa banjir yang terlibat.

“Kami berharap bantuan ini sedikit sebanyak membantu mereka meringankan beban selepas banjir,” katanya.-Kredit artikel Wartarakyat

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
13 jam lalu· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
14 jam lalu· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Risiko beli sekarang, bayar kemudian
August 22, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
13 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
13 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok