Peguam Zahid pertikai kaitan tabiat membeli belah dalam kes Yayasan Akalbudi

November 24, 2021 · Isu semasa

Peguam mewakili Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertikai pandangan pihak pendakwaan yang mengaitkan tabiat membeli belah barangan berharga Presiden UMNO dan isterinya dalam perbicaraan rasuah melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

Peguam Hamidi Mohd. Noh berhujah di Mahkamah Tinggi dengan meminta pandangan tersebut tidak sewajarnya dipertimbangkan kerana ia tidak relevan dalam kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapi Zahid.

Beliau merujuk kepada butiran penghujahan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran bahawa Zahid dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis menjelaskan bil kad kredit melebihi RM1.3 juta menggunakan wang Yayasan Akalbudi selepas membeli belah di gedung mewah seperti Giorgio Armani, Louis Vuitton dan Hermes dalam tempoh dua tahun.

Raja Rozela ketika itu berhujah antara lain menyatakan: “Walaupun diakui tabiat berbelanja tertuduh dan isteri mungkin tidak menjadi masalah dalam kes ini, seseorang akan tertanya-tanya sama ada mereka memikirkan golongan miskin di negara ini ketika membeli belah di gedung berjenama dan mewah.”

Yayasan Akalbudi yang dimiliki oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu diwujudkan sejak 2013 bagi membasmi kemiskinan dan meningkatkan kebajikan golongan miskin.

Sehubungan itu, Hamidi memohon pandangan mengenai tabiat berbelanja Zahid dan Hamidah tidak diambil kira oleh mahkamah kerana ia memprejudiskan anak guamnya dan isteri.

Ujar beliau, pihak pembelaan benar-benar tersinggung dengan kenyataan itu yang tidak sepatutnya dibangkitkan oleh pihak pendakwaan pada sesi penghujahan.

Dalam prosiding hari ini, Hamidi turut menyatakan bahawa Zahid tidak sepatutnya didakwa di mahkamah, sebaliknya pihak yang melakukan kesalahan adalah bekas Setiausaha Eksekutifnya, Mejar Mazlina Mazlan.

Zahid, 68, dibicarakan terhadap 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin.

Berita berkaitan
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok