Peguam Rosmah tak panggil Najib sebagai saksi dalam kes rasuah solar

April 4, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak tidak dipanggil untuk dijadikan saksi pembelaan dalam kes rasuah solar melibatkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pasukan pembelaan Rosmah membuat keputusan untuk tidak memanggil suami tertuduh atas alasan mereka menyusun semula strategi, kata peguambelanya dalam hujahan bertulis.

“Bagaimanapun, pada 10 Januari lalu, peguam bela Datuk Jagjit Singh telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pembelaan memutuskan menyusun semula strategi selepas membincangkan merit memanggil Najib dan memilih tidak memanggil kerana buktinya hanyalah bersifat menyokong.

“Ketua pasukan pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata pihaknya tidak mempunyai isu dengan keputusan itu untuk tidak memanggil Najib kerana ia adalah prerogatif pembelaan berbuat demikian,” kata pembelaan dalam hujahan bertulisnya yang difailkan di Mahkamah Tinggi pada 29 Mac lalu.

Mereka turut menambah ia adalah hak prerogatifnya sama ada untuk memanggil Najib atau tidak.

Peguam itu berkata, terdapat bukti yang kukuh daripada saksi pendakwaan yang menyokong pembelaan Rosmah dan keterangan daripada saksi pembelaan untuk menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

Untuk rekod, Rosmah, 70, didakwa meminta RM187.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, melalui bekas pembantunya Rizal Mansor, sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak.

Beliau juga didakwa menerima rasuah berjumlah RM5 juta daripada Saidi, melalui Rizal di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Disember 2016.

Rosmah dikatakan telah menerima RM1.5 juta lagi daripada Saidi di Jalan Langgak Duta, di sini, pada 7 Sept 2017.

Pendakwaan telah memanggil 23 saksi dan dua pihak pembelaan manakala esok ditetapkan hujahan lisan di hadapan Hakim Zaini Mazlan.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok