Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram

November 29, 2022 · Isu semasa

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengingatkan pihak pembelaan untuk memberi keutamaan dalam kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor, memandangkan kes itu telah mengambil masa lama sejak 2018.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata ia perlu diberi keutamaan oleh peguam yang mewakili Rosmah, 70, kerana kes tersebut belum dibicarakan walaupun selepas empat tahun isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu didakwa pada 4 Okt 2018, lapor Bernama.

“Saya berpendapat mahkamah perlu menetapkan tarikh perbicaraan untuk kes ini, namun sekiranya Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Datin Seri Rosmah untuk saya menarik diri daripada mendengar perbicaraan, kes akan didengar oleh hakim lain,” kata hakim itu.

Mohamed Zaini berkata demikian selepas peguam Revin Kumar yang mewakili Rosmah memaklumkan beliau perlu merujuk peguam bela utama Datuk Geethan Ram Vincent mengenai tarikh perbicaraan sesuai.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn memberitahu mahkamah pihak pendakwaan akan memanggil 14 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes tersebut yang dijangka mengambil masa kira-kira dua minggu.

Mahkamah kemudian menetapkan 1 Dis ini untuk sebutan bagi menetapkan tarikh perbicaraan kes.

Rosmah, 70, berdepan dengan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Pada 1 Sept lepas, Hakim Mohamed Zaini mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.

Mahkamah juga memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.

Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok