Peguam Rosmah bantah Sri Ram mahu berhujah sendiri

February 17, 2022 · Isu semasa

Pasukan pembelaan Datin Seri Rosmah Mansor hari ini membantah percubaan Datuk Seri Gopal Sri Ram untuk berhujah sendiri dalam permohonan Rosmah bagi melucutkan kelayakannya sebagai pendakwa utama dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya.

Peguam Rosmah, Mohamed Reza Rahim memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan bahawa ia mungkin melibatkan konflik kepentingan kerana Sri Ram adalah subjek dalam kes ini, lapor Bernama.

“Ia juga melanggar Peraturan 5 Profesion Undang-undang (Amalan dan Etiket) 1978. Kami amat terkejut apabila rakan saya (Sri Ram) memutuskan untuk membuat ‘pusingan U’,” katanya sambil menambah bahawa pasukan pembelaan tidak sedar mengenai perkara itu (Sri Ram sendiri akan berhujah).

Sri Ram pula membalas bahawa beliau telah menerima arahan daripada Peguam Negara untuk berhujah dalam kes berkenaan.

“Saya menerima arahan daripada Ahmad Akram (Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib) petang tadi dan arahan itu datang daripada Peguam Negara. Beliau (Ahmad Akram) berkata beliau akan berasa selesa jika saya berhujah sendiri dalam kes saya ini.

“Ia bukan soal kemampuan Ahmad Akram. Namun saya serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan,” kata Sri Ram.

Hari ini ditetapkan untuk mendengar bantahan awal pihak pendakwaan terhadap permohonan hilang kelayakan itu oleh isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahkamah juga akan mendengar permohonan kedua Rosmah supaya Mohamed Zaini menarik diri dan menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan kelayakan hakim itu.

Hakim Mohamed Zaini menangguhkan prosiding hari ini dan menetapkan esok untuk mendengar semua perkara berkenaan.

Ini adalah kali kedua Rosmah memfailkan permohonan terhadap Hakim Mohamed Zaini – yang juga mendengar perbicaraan berkaitan kes rasuah melibatkan hibrid solarnya – menolak permohonan untuk menarik diri daripada mendengar perbicaraan pada 14 Dis.

Pada 27 Januari lalu Rosmah menfailkan notis usul bagi membatalkan kelayakan Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya.

Dalam afidavit sokongannya, Rosmah mendakwa Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun telah bertindak di luar bidang kuasanya apabila melantik Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan untuk mengetuai siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pendakwaan terhadap mereka yang terlibat.

Rosmah berkata selepas meneliti surat pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan sebagai timbalan kanan pendakwa raya bertarikh 21 Mei 2021, mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah, beliau mendapati pelantikan itu tidak merujuk kepada kesnya.

Beliau berkata jika mahkamah berpendapat bahawa Idrus telah bertindak secara teratur selaras dengan kuasa berkanunnya, Sri Ram masih bukan individu yang “layak dan sesuai” untuk mendakwa kes itu.

Rosmah, 70, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Bangunan Getah Asli cawangan, Jalan Ampang di sini antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017, dan di LHDN di Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini antara 1 Mei 2014 dan 1 Mei 2018.

Berita berkaitan
Kes saman Zahid-Dr Mahathir ditetapkan pada November tahun ini
March 24, 2023· Politik
Mahkamah benar pasport diserah kepada Rosmah buat sementara
March 21, 2023· Isu semasa
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
March 21, 2023· Isu semasa
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023· Isu semasa
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
8 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
9 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
13 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
14 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok