Peguam petik kes Najib, hukuman 7 tahun penjara pesawah ditangguh

April 20, 2022 · Isu semasa

Seorang pesawah berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara tujuh tahun kerana menyebabkan kecederaan teruk kepada rakan sekampung, sementara menunggu keputusan rayuan terakhirnya dengan memetik kes Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Mohd Azrul Hasyimi Mohamad yang mewakili Mohamad Faiz Mohd Ruseli telah memetik kes Najib yang disabitkan dengan tujuh pertuduhan rasuah membabitkan dana SRC International Sdn Bhd tetapi diberi penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuannya selesai.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Hashim Hamzah bersetuju membenarkan permohonan Mohamad Faiz untuk penangguhan pelaksanaan hukuman, lapor Bernama.

“Kami bersetuju hukuman ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan terhadap sabitan dan hukuman,” kata Kamaludin.

Mohamad Faiz dibenarkan diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri di balai polis Binjai di Kota Bharu, Kelantan, dua minggu sekali sehingga rayuannya didengar.

Pada 28 Julai 2020, Mohamad Faiz, 25, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Nus Hassan, 42, di Kampung Tambak Banggu, Kota Bharu, Kelantan pada 7 malam, 26 Jun 2019.

Hakim Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan memerintahkan dia dikenakan dua sebatan tetapi membenarkan permohonan Mohamad Faiz untuk penangguhan pelaksanaan hukumannya sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi, bagaimanapun, pada 14 Disember 2020, mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan menolak penangguhan pelaksanaan hukuman penjara Mohamad Faiz sementara menunggu rayuannya terhadap sabitan dan hukuman ke Mahkamah Rayuan.

Secara kebetulan, Mohamad Faiz dan Najib dijatuhkan hukuman oleh mahkamah berbeza atas pertuduhan berbeza pada hari yang sama pada 28 Julai 2020.

Dalam kes Najib, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan bekas perdana menteri itu untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta setelah didapati bersalah dalam kes SRC International.

Najib juga dibebaskan dengan jaminan RM2 juta.

Pada 8 Disember tahun lepas, Mahkamah Rayuan, yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, juga membenarkan Najib menangguhkan pelaksanaan hukumannya dan denda sementara menunggu rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan.

Berita berkaitan
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
12 jam lalu· Politik
Anwar atas pentas PAU, perwakilan dalam dewan laung ‘bebas Najib’
17 jam lalu· Politik
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
June 8, 2023· Isu semasa
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
June 8, 2023· Politik
Popular
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
9 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
10 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
10 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
13 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok