Peguam Najib pula dikembalikan pasport, mahu ke New York

October 25, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan pasport peguam Datuk Seri Najib Razak dikembalikan kerana mahu ke New York untuk menguruskan anak lelakinya yang menyambung pengajian.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Husin membenarkan pasport Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bermula hari ini sehingga 3 Disember.

Keputusan itu setelah tiada bantahan dibangkitkan timbalan pendakwa raya S Nithia.

“Selepas mendengar permohonan pemohon dan afidavit sokongan, dan membaca afidavit okongan, penghujahan dan dengan responden (pendakwaan) tiada bantahan terhadap permohonan, saya benarkannya,” kata Jamil dipetik laporan Malaysiakini.

Menurut salinan notis usul Shafee, peguam itu meminta akses sementara pasport kerana perlu ke New York pada 27 Oktober dan berada di sana sehingga 30 November.

Beliau mahu bertemu anaknya dan membantunya yang melanjutkan pengajian di New School Parson di sana.

Menurutnya, pasportnya perlu dipulangkan sementara kepadanya paling lewat hari ini, agar dia boleh membuat persiapan untuk terbang ke sana.

Beliau juga berjanji akan mengembalikan pasportnya kepada mahkamah selewat-lewatnya 3 Disember.

Untuk rekod, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor juga dikembalikan pasportnya atas alasan untuk melawat anak mereka di Singapura yang bakal bersalin.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
24 jam lalu· Isu semasa
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
TLDM rancang miliki kapal misi pesisir baharu ganti aset usang
March 28, 2022
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
24 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok