Peguam Najib minta tangguh rayuan akhir tiga hingga empat bulan

August 16, 2022 · Isu semasa

Pasukan peguam baharu Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta Mahkamah Persekutuan menangguhkan pendengaran rayuan terakhir sabitan menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) – yang akan menghantar bekas Perdana Menteri itu terus ke penjara selama 12 tahun dan membayar denda RM210 juta – jika hukuman dikekalkan.

Peguam utamanya Hisyam Teh Poh Teik meminta panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menangguhkan perbicaraan selama tiga hingga empat bulan, dengan alasan ianya tidak lama berbanding tempoh masa yang diambil untuk kes itu akan dibicarakan hari ini, susulan keputusan Mahkamah Rayuan tahun lalu.

“Jika mahkamah membenarkan saya tiga hingga empat bulan, ini bermakna rayuan ini didengar satu tahun selepas keputusan Mahkamah Rayuan, yang tidak terlalu lama dalam keadaan semasa,” katanya menurut MalayMail.

Hisyam berhujah bahawa kes SRC bukanlah “biasa” dan permintaan penangguhan pasukan pembelaan dibuat dengan niat baik.

Beliau juga berhujah bahawa pasukan undang-undang baharu Najib hanya dilantik pada 21 Julai tetapi telah diberikan banyak rekod kes yang perlu disemak.

Najib sebelum ini diwakili oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, tetapi bagi rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan, peguam kanan itu dilepaskan.

Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 iaitu hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib.

Najib didapati bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Empat anggota panel hakim lain yang turut bersidang ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim; dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Nalini Pathmanathan; Datuk Mary Lim Thiam Suan; dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Mengetuai pendakwaan ialah Ketua Pendakwa Raya ad hoc Datuk V Sithambaram, yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Donald Joseph Franklin; Sulaiman Kho Kheng Fuei; Mohd Ashrof Adrin Kamarul; dan Manjira Vasudevan.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik, Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavaranam mewakili Najib.

Perbicaraan di Mahkamah Persekutuan dijadualkan berlangsung selama sembilan hari, bermula semalam hingga 19 Ogos dan akan disambung semula selepas hujung minggu ini pada 23 Ogos hingga 26 Ogos.

Berita berkaitan
Zaman ‘merpati’ jadi PM, Anwar dakwa hanya tidur atas lantai di penjara
September 23, 2022· Politik
Tak pernah lihat badan kehakiman bebas seperti sekarang: Musa Hitam
September 15, 2022· Isu semasa
Keputusan kes saman LHDN terhadap Shafee tak bayar cukai pada 28 Sept
September 13, 2022· Isu semasa
Khairy sangkal dakwaan ubat diberi kepada Najib ditukar
September 13, 2022· Isu semasa
Popular
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
1 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
2 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
4 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
15 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
12 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok