Peguam Najib dibebaskan dalam kes pengubahan wang haram RM9.5 juta

October 28, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan melepaskan dan membebaskan peguam utama Datuk Seri Najib Razak daripada kes pengubahan wang haram RM9.5 juta.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini berdepan pertuduhan menerima wang RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri bergelar banduan dan  membuat penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bagaimanapun mahkamah mendapati pasukan pendakwaan gagal membuktikan wujud kes prima facie terhadap peguam tersebut.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam keputusannya tidak bersetuju dengan pihak pendakwaan berhubung elemen yang perlu dibuktikan dalam kesalahan terhadap tertuduh.

Saksi kelapan pendakwaan dalam keterangannya juga mengesahkan tiada aktiviti haram yang berlaku dan penerimaan RM4.3 juta dan RM5.2 juta diterima tertuduh melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Najib adalah hasil daripada aktiviti haram.

“Saya dapati tiada keterangan langsung menunjukkan kesalahan predikat (kesalahan asal) yang menunjukkan dua keping cek diterima adalah hasil aktiviti haram.

“Sebaliknya saksi pendakwaan sendiri ketika disoal balas telah mengesahkan bahawa tiada aktiviti haram berlaku ketika cek diterima dan cek itu bukan hasil aktiviti haram.

“Adalah tidak selamat untuk memanggil tertuduh membela diri, dengan itu tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa membela diri,” katanya dipetik laporan BH.

Pada 13 September 2018, Shafee mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan membabitkan diri dengan aktiviti pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram, masing-masing berjumlah RM4.3 juta dan RM5.2 juta melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Najib yang dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Peguam itu juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan membabitkan diri secara langsung dalam transaksi berkaitan hasil daripada akitiviti haram iaitu dengan membuat suatu penyata tidak betul dan bertentangan dengan Perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.

Pada 12 Mei lepas, pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil lapan saksi pada perbicaraan yang bermula 21 Mei 2021.

Shafee diwakili peguam utama Harvinderjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz bertindak bagi pihak pendakwaan.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Satu sen pun tiada peruntukan dari kerajaan : MP pembangkang
June 13, 2023
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok