Peguam Guan Eng dakwa kenyataan saksi direka palsu, buat bantahan

December 1, 2021 · Isu semasa

Pasukan pembelaan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengemukakan bantahan terhadap rakaman kenyataan daripada pengasas dan pengerusi eksekutif Ewein Bhd, Ewe Swee Keng, dengan menyifatkan ia sebagai direka palsu.

Swee Keng, 53, yang sepatutnya dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-15 meninggal dunia selepas dikatakan terjatuh dari sebuah unit kondominium mewah di Jalan Kelawei, Pulau Pinang, pada 5 Okt lalu.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng berkata kenyataan itu tersebut perlu ditolak kerana ia bertarikh 14 Ogos lalu dan dirakam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta tidak mematuhi Seksyen 30 (8) Akta SPRM, lapor Bernama.

Gobind mempersoalkan mengapa bahagian-bahagian tertentu kenyataan itu ditulis tangan dan bahagian lain pula dalam format berkomputer, sementara undang-undang menetapkan bahawa setiap bahagian kenyataan yang direkodkan oleh pegawai SPRM hendaklah dibuat secara bertulis.

“Tiga kenyataan pertama yang direkodkan secara berasingan oleh SPRM daripada Swee Keng tahun lalu seolah-olah membebaskan Guan Eng tetapi kenyataan keempat yang direkodkan tahun ini bagaimanapun seolah-olah melibatkan anak guam saya.

“Satu-satunya implikasi di sini ialah ia (kenyataan kononnya direkodkan oleh SPRM daripada Swee Keng) direka palsu.

“Oleh itu, saya memohon kepada mahkamah untuk tidak membenarkan kesemua empat kenyataan itu diterima sebagai keterangan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin mengemukakan bahawa kenyataan SPRM itu boleh diterima secara sah sebagai bukti kerana pihak pembelaan gagal mencabar bahagian rakaman kenyataan SPRM bahawa mendiang Swee Keng tidak dipaksa untuk memberi kenyataan itu.

“Pihak pembelaan gagal mencabar kenyataan lima muka surat yang direkodkan oleh SPRM bahawa saksi (Swee Keng) tidak dipaksa memberi kenyataan dan bercakap benar kepada SPRM,” katanya.

Selepas mendengar penghujahan oleh kedua-dua pihak, Hakim Azura Alwi menetapkan 13 Dis ini untuk memutuskan perkara itu.

Terdahulu, mahkamah mendengar keterangan saksi pendakwaan ke-16, Foo Jee Hai, 49, yang merupakan pengarah Emicro Services Sdn Bhd, yang berkata dia memperkenalkan Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, kontraktor projek terowong dasar laut Pulau Pinang dan projek jalan utama di negeri itu kepada Swee Keng pada 2011.

Guan Eng, 60, berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang di Tingkat 28 Komtar, Georgetown antara Jan 2011 hingga Ogos 2017.

Mengikut pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu sebagai penghargaan mendapatkan projek berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur pada Mac 2011.

Setiausaha Agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut berkenaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim
August 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok