
Peguam berpangkalan di United Kingdom (UK), Jonathan Laidlaw memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Peguam berpangkalan di United Kingdom (UK), Jonathan Laidlaw telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk diterima masuk sebagai peguam di Malaysia, agar dapat mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadapnya sabitan hukuman penjara dan denda RM210 juta dalam kes SRC International Sdn Bhd.
Peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed mengesahkan bahawa permohonan untuk membawa masuk peguam diraja atau Queen’s Counsel (QC) dari UK telah difailkan di mahkamah hari ini, yang juga merupakan tarikh akhir untuk memfailkannya.
“Tarikh akhir sebenarnya pada 31 Mei dan ya kami telah memfailkannya,” katanya menurut laporan MalayMail.
Laidlaw dalam permohonannya memohon untuk diterima masuk dan didaftarkan untuk melakukan amalan guaman di Mahkamah Tinggi di Malaya atau Semenanjung Malaysia, sebagai peguam utama Najib dalam rayuan SRC di Mahkamah Persekutuan.
Salah satu sebab permohonan Laidlaw dinyatakan sebagai rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan “akan melibatkan isu serius, kompleks dan/atau novel berkaitan beberapa cabang undang-undang jenayah dan sivil, amalan dan keterangan, hak perlembagaan perayu, pengendalian prosiding oleh pihak pendakwaan, adjudikasi kes jenayah oleh mahkamah dan pentadbiran sistem keadilan jenayahâ.
Alasan lain yang dinyatakan dalam permohonan Laidlaw ialah Najib ingin menggunakan perkhidmatan profesionalnya untuk bertindak sebagai peguam utamanya dalam rayuan SRC, dan firma guaman dan peguam yang mewakili Najib – Tetuan Shafee & Co dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah – telah memberikan arahan ini kepada Laidlaw.
Permohonan yang sama juga menyatakan bahawa satu lagi sebab ialah Laidlaw “mempunyai kelayakan khas, pengalaman dan kepakaran yang tidak ada” dalam kalangan peguam di Malaysia, untuk tujuan rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan.
Pada 25 Januari lalu, peguam bela utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam sepucuk surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Ketua Hakim Negara memohon agar anak guamnya dibenarkan untuk diwakili seorang QC iaitu peguam kanan paling senior dan berpengalaman dari UK.
Mahkamah Persekutuan pada 29 April memaklumkan kedua-dua peguam Najib dan pihak pendakwaan bahawa ia akan mendengar rayuan itu selama 10 hari dari 15 Ogos hingga 19 Ogos, dan dari 22 Ogos hingga 26 Ogos.
Sebelum ini, Najib mendakwa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Rayuan menggunakan logik dan rasional sendiri yang bercanggah dengan bukti yang membebaskannya daripada tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah (CBT), dan pengubahan wang haram.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata dia terkilan dengan apa yang menurutnya kesilapan undang-undang yang dibuat oleh kedua-dua mahkamah dalam alasan penghakiman masing-masing, menurut laporan itu.
Najib mendakwa kedua-dua mahkamah tersilap dalam fakta dan undang-undang apabila gagal menilai bukti dengan betul dan gagal mengiktiraf perbezaan antara fakta terbukti dan tidak terbukti, antara inferens yang boleh dibuat dan tekaan semata-mata berdasarkan cadangan, dakwaan tidak berasas, sangkaan, syak wasangka dan khabar angin.
Najib turut mendakwa bahawa Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai kesahihan dan kebolehterimaan dokumen.
ajib sebelum ini didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020. Sabitan dan hukumanitu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, terdapat penangguhan pelaksanaan terhadap hukuman itu, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan diselesaikan.