Peguam baharu Najib tarik diri jika kes rayuan diteruskan: Laporan

August 10, 2022 · Isu semasa

Pasukan pembelaan baharu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka menarik diri daripada mewakilinya melainkan Mahkamah Persekutuan membenarkan penangguhan rayuan terakhirnya terhadap sabitan kesalahan dalam kes SRC International Sdn Bhd (SRC).

Portal berita Malaysiakini melaporkan bahawa pasukan itu, yang dilantik Najib untuk menggantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hampir dua minggu lalu, bersedia meminta Mahkamah Persekutuan sekali lagi menangguhkan pendengaran rayuan yang dijadualkan bermula Isnin.

Difahamkan perkara itu telah disebut di Mahkamah Persekutuan semasa pengurusan kes hari ini, menurut laporan itu.

Sebelum ini, Najib melantik barisan peguam diketuai peguam senior kes jenayah, Hisyam Teh Poh Teik bersama-sama Liew Teck Huat dan Rueben Mathiaravanam menggantikan Muhammad Shafee.

Mahkamah Persekutuan pada 29 Julai menolak permohonan Najib untuk menangguhkan perbicaraan rayuan terakhirnya berhubung sabitan kesalahan menyeleweng dana berjumlah RM42 juta milik SRC.

Sementara itu, pada 15 Ogos ini, Mahkamah Persekutuan dijangka mendengar permohonan Najib untuk menambah bukti baharu dan mendapatkan perbicaraan semula kes SRC, di mana beliau telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan menetapkan 15 Ogos sebagai tarikh permulaan pendengaran rayuan terakhir Najib terhadap keputusan bersalahnya dalam kes SRC itu.

Mahkamah Persekutuan akan mendengar terlebih dahulu permohonan Najib memohon perbicaraan semula kes SRC pada 15 Ogos ini, memetik laporan MalayMail hari ini.

Difahamkan juga, jika Najib gagal dalam permohonannya untuk perbicaraan semula, Mahkamah Persekutuan kemudian akan meneruskan untuk mendengar rayuan terakhirnya terhadap sabitan beliau dalam kes SRC, lapor portal berita itu.

Perbicaraan rayuan itu buat masa ini dijadualkan berlangsung selama sembilan hari, dari 15 Ogos hingga 19 Ogos dan dari 23 Ogos hingga 26 Ogos.

Najib baru-baru ini menukar seluruh pasukan peguamnya untuk kes SRC, dan peguam baharunya telah menyatakan bahawa mereka akan meminta Mahkamah Persekutuan menangguhkan perbicaraan rayuan terakhir SRC kerana perubahan dalam pasukan undang-undang.

Tetapi Mahkamah Persekutuan sebelum ini menjawab bahawa tiada penangguhan untuk pendengaran rayuan.

Berita berkaitan
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
13 jam lalu· Politik
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
June 8, 2023· Politik
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023· Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
May 29, 2023· Politik
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
11 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok