Peguam bagi kes baharu, reman dan jenayah boleh hadir ke mahkamah

June 1, 2021 · Isu semasa

Sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh fasa pertama bermula hari ini, hanya peguam mewakili anak guam bagi kes pertuduhan baharu, penahanan perintah reman dan permohonan jenayah sahaja dibenarkan hadir ke mahkamah.

Keputusan tersebut dibuat semasa sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memandangkan kehadiran peguam secara fizikal di mahkamah masih diperlukan bagi urusan tersebut.

“Kebenaran ke mahkamah bagi peguam-peguam yang mewakili anak guam untuk urusan berkenaan boleh diperoleh di balai polis berdekatan. Pihak peguam dipohon untuk merujuk kepada SOP Perkhidmatan Guaman Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di platform komunikasi MKN,” Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga bersetuju supaya firma guaman yang terlibat dengan perkhidmatan guaman korporat dan pemindahhakan bagi sektor perkhidmatan perlu untuk memohon kebenaran beroperasi mengikut syarikat, kilang atau perniagaan berkaitan perkhidmatan perlu yang diwakili.

“Firma guaman yang mewakili syarikat, kilang atau perniagaan ini boleh memohon kebenaran beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui portal Covid-19 Intelligent Management System 3.0,” katanya.

Takiyuddin berkata semua pihak diminta patuh kepada arahan-arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan sepanjang sekatan pergerakan penuh fasa pertama berkuat kuasa agar objektif untuk melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19 dicapai.

Pada 29 Mei lepas, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan memaklumkan prosiding perbicaraan kes sivil dan jenayah yang telah ditetapkan secara kehadiran fizikal di mahkamah ditangguhkan dan penetapan tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama.

Bagaimanapun, bagi pertuduhan baharu, permohonan perintah reman dan permohonan perintah jenayah hendaklah dijalankan melalui kehadiran secara fizikal di mahkamah.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok