Pegawai Imigresen jerit kepada orang awam ditukar serta-merta

August 21, 2022 · Isu semasa

Tindakan pegawai yang dilihat menjerit terhadap orang awam dalam video tular, adalah bertentangan dengan nilai Jabatan Imigresen walaupun diprovokasi, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Dalam satu kenyataan hari ini (Ahad, 21 Ogos), beliau berkata insiden di UTC Selangor di Shah Alam baru-baru ini dipandang serius.

Beliau menambah bahawa pegawai Imigresen itu telah menentang slogan jabatan itu iaitu “Integriti, Profesionalisme dan Kemesraan”.

“Menjerit dan mengeluarkan kata-kata kotor terhadap orang awam adalah tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pegawai Imigresen yang merupakan penjawat awam.

“Pegawai perlu mampu mengawal diri dan mengambil pendekatan profesional apabila berdepan provokasi lisan oleh orang awam kerana mereka telah diberi latihan sewajarnya untuk berbuat demikian.

“Dalam perkara ini, jabatan telah memindahkan pegawai itu serta-merta ke bahagian lain,” katanya.

Kertas siasatan oleh bahagian integriti jabatan akan dibuka.

Bagaimanapun, Khairul Dzaimee turut mengecam provokasi pihak lain.

Tambahnya, banyak sumber untuk memperbaharui pasport telah disediakan, termasuk lanjutan waktu pada hujung minggu.

“Kami menasihatkan semua untuk merujuk halaman media sosial kami untuk maklumat terkini.

“Kami juga ingin menegaskan bahawa tidak akan ada kompromi terhadap mana-mana pegawai yang didapati bertindak secara tidak profesional.

“Pada masa sama, tindakan akan diambil terhadap pihak yang mencemarkan imej dan nama baik Jabatan Imigresen,” katanya.

Berita berkaitan
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022· Isu semasa
Peguam Negara pengerusikan jawatakuasa siasat insiden di KLIA
August 7, 2022· Isu semasa
CUEPACS kesal insiden pegawai imigresen ditengking, gesa PM campur tangan
August 4, 2022· Isu semasa
Lebih 20,000 pendatang tanpa izin pulang secara sukarela
June 25, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Najib dapat keistimewaan kerana MOU Anwar dan DAP dengan kerajaan
November 19, 2021
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kes baharu hampiri 7,000, Selangor, KL tertinggi
July 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
11 jam lalu · Isu semasa
2,007 kes semalam, 5 kematian
17 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
17 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
19 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok