PDRM mohon perintah ekstradisi bawa pulang Sajat

September 20, 2021 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam proses memohon untuk mengekstradisi Muhammad Sajad Kamarul Zaman, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, daripada pihak berkuasa Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hasan berkata proses ekstradisi usahawan kosmetik itu melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Peguam Negara selain pihak berkuasa Thailand dan dijangka mengambil masa.

“Kami tidak boleh menjangka bila boleh membawa pulang Nur Sajat dan apabila kita membuat permohonan, pihak berkuasa Thailand juga perlu meluluskannya bagi membolehkan dia dibawa pulang,” katanya.

Memetik laporan Bernama, Abd Jalil berkata, Sajat, 36, telah ditahan pihak Imigresen Thailand pada 8 September lalu kerana memiliki pasport yang tidak sah dan dihadapkan ke mahkamah negara itu sehari kemudian atas kesalahan imigresen sebelum dikenakan hukuman denda.

“Usaha untuk membawa pulang individu berkenaan sedang giat dijalankan.

“Muhammad Sajad turut dikehendaki di negara ini mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya,” menurutnya dalam satu kenyataan ketika mengesahkan penahanan Nur Sajat.

Muhammad Sajjad juga diburu oleh pihak berkuasa Malaysia selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan kerana gagal hadir ketika sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pada 15 Jun lepas, polis turut menjejaki Muhammad Sajjad bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan yang sedang berlangsung di Mahkamah Ampang.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
RM86.7 bilion dibelanja pada suku pertama: Kementerian Kewangan
July 27, 2022
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
12 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
12 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok