PdPR: Jawatankuasa khas bincang capaian internet ditubuh

June 27, 2021 · Isu semasa

Kerajaan sedang melakukan usaha untuk meningkatkan capaian internet di seluruh negara bagi memudahkan murid dan pelajar mengikuti program Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, untuk tujuan itu kementeriannya menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bersama Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi mengenal pasti kawasan yang tiada liputan internet atau capaian lemah.

“Sejak PdPR dilaksanakan, kami menerima makluman berhubung murid dan pelajar menghadapi masalah capaian internet sehingga ada (murid) yang terpaksa berjalan jauh dari rumah untuk mendapatkan akses tersebut (internet).

“Menerusi jawatankuasa ini, kita harap dapat mengatasi masalah tiada capaian internet atau capaian lemah bukan sahaja di kawasan luar bandar atau jauh di pedalaman tetapi juga di tempat keselamatan seperti balai polis atau kem tentera yang capaian lemah dapat diperbaiki dan dinaik taraf,” katanya.

Terdahulu media melaporkan sesetengah murid dan pelajar berdepan masalah mendapatkan capaian internet untuk mengikuti PdPR, khususnya yang tinggal di luar bandar dan pedalaman.

Oleh itu katanya, jawatankuasa berkenaan akan turun padang bagi melihat dan memantau sendiri kawasan yang tiada liputan atau capaian internet rendah dan mengambil langkah segera mengatasinya.

“Jawatankuasa ini juga akan mendapatkan maklumat daripada syarikat telekomunikasi mengapa perkara tersebut berlaku dan langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya, sekarang kita tengah usahakan (rangkaian) 4G di seluruh negara.

“Selain itu, kementerian telah menyalurkan RM15 juta kepada Kementerian Pendidikan untuk disalurkan kepada murid kurang berkemampuan bagi membeli gajet diperlukan bagi memudahkan proses PdPR mereka,” katanya hari ini.

Sementara itu, beliau berkata kementerian juga sedang berbincang dengan beberapa pihak untuk membantu petugas dalam industri media yang kehilangan pekerjaan bagi memastikan mereka dapat meneruskan kerja dalam bidang lain.

Katanya setakat ini, berdasarkan maklumat diterimanya terdapat kira-kira 5,000 pengamal media telah diberhentikan kerja dan pihaknya juga dalam perancangan untuk menyalurkan bantuan ‘one off’ kepada mereka.

“Kami tengah bincang dan berusaha bantu pengamal media yang dibuang kerja dengan memberikan latihan bersesuaian,” katanya.

Berita berkaitan
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023· Dunia
BN akan kalah di Perlis: Zahidi
November 13, 2022· Politik
Zahid memang rancang jadi PM, nak lepas pertuduhan kes jenayah: Zahidi
November 4, 2022· Politik
PRU-15: Zahidi akan lawan Zahida di Padang Besar atas tiket parti lain
November 3, 2022· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok