Pasukan petugas khas tangani kes buli di sekolah: Radzi

August 13, 2022 · Isu semasa

Menteri Pendidikan Datuk Radzi Jidin hari ini berkata terdapat beberapa inisiatif sedang dijalankan untuk menangani isu buli yang dihadapi di sekolah-sekolah.

Bercakap kepada pemberita di Pameran Transformasi Pendidikan di Pusat Beli Belah Alamanda, Putrajaya, beliau berkata antara inisiatif itu ialah penubuhan pasukan petugas bagi melihat penularan buli di sekolah.

“Berhubung buli di sekolah, pertamanya kita telah menubuhkan pasukan petugas yang dipengerusikan oleh bekas ketua pengarah pendidikan Dr Habibah (Abdul Rahim), untuk melihat apa yang kita perlu lihat apa yang boleh kita lakukan dalam peraturan yang kita ada untuk membendung gejala buli di sekolah.

“Jadi itulah yang sedang diteliti pasukan petugas sekarang,” katanya.

Katanya, Kementerian Pendidikan juga mempunyai perancangan dengan Kementerian Dalam Negeri untuk melancarkan program yang dinamakan “Sekolahku Sejahtera Sepakat Selamat”.

“Kami akan bekerjasama rapat dengan polis untuk memastikan keadaan di sekolah selamat dan anak-anak kita merasakan sekolah adalah tempat yang selamat.

“Dengan ini, kita berharap kes buli di sekolah dapat berkurangan secara drastik,” katanya.

Beliau juga berkata kementerian akan melancarkan portal tanpa perlu meletakkan nama untuk melaporkan kes buli di sekolah minggu depan.

“Portal ini akan membolehkan pengguna melaporkan kes buli sama ada melalui e-mel, sistem pelaporan sedia ada dalam portal, atau melalui talian hotline.

“Jadi jika anda terlibat atau mengetahui sebarang kes buli dan ingin melaporkannya secara tanpa nama, kini terdapat platform untuk anda berbuat demikian.

“Semoga dengan ini, pelajar tidak terlalu takut dengan kesan daripada melaporkan kes buli,” katanya.

Radzi menjawab pertanyaan akhbar mengenai pelajar yang didakwa membuli dan mendera rakan sekelas di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuantan.

Beliau berkata, kes itu tidak terletak di bawah bidang kuasanya dan pihak berkuasa berkaitan akan menyiasat perkara itu.

Berita berkaitan
KPM jalin kerjasama dengan kumpulan pelbagai latar belakang, kata Radzi
September 24, 2022· Isu semasa
Bajet 2023: KPM harap kadar baharu RMT bantu pelajar susah dipertimbang
September 23, 2022· Isu semasa
KPM rujuk dengan SPR berhubung takimat pilihan raya kepada guru
September 15, 2022· Isu semasa
KPM teliti garis panduan pemilihan penceramah di sekolah: Radzi
September 12, 2022· Isu semasa
Popular
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
1 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
2 jam lalu · Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
3 jam lalu · Isu semasa
2,445 kes semalam, dua kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok