Pasukan pendakwa serah laporan forensik WhatsApp kes rasuah Guan Eng

May 10, 2023 · Isu semasa

Laporan analisis forensik mengandungi perbualan WhatsApp dalam kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sudah diserahkan pasukan pendakwaan.

Analisis forensik itu melibatkan perbualan antara Guan Eng dengan dua ahii perniagaan dan diserahkan untuk digunakan dalam pembelaan kes rasuah yang sedang dihadapinya.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Farah Yasmin Salleh memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi, dokumen berkenaan diserahkan pendakwaan kepada peguam bela Guan Eng pada 18 April lalu, menurut lapo ran BH.

Perkara itu disahkan Peguam Bela, Haijan Omar pada prosiding sebutan kes rasuah berkenaan hari ini bagi mengetahui perkembangan penyerahan laporan terbabit.

Permohonan Guan Eng untuk mendapatkan laporan analisa forensik itu dibenarkan Azura pada 5 April lalu, selepas memutuskan beliau berjaya menunjukkan kepada mahkamah mengapa ia perlu dan penting kepada kes pembelaannya.

Perbualan WhatsApp dalam laporan terbabit di antara Pengarah Kewangan dan Perkhidmatan Korporat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) CZCSB, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan G Gnanaraja adalah berhubung pembayaran wang RM2 juta melalui baucar pembayaran dan cek.

Guan Eng sedang dibicarakan dengan tuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.

Dia juga didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek berkenaan.

Bekas Setiausaha Agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut.

Berita berkaitan
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
2 jam lalu· Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
11 jam lalu· Isu semasa
1MDB dapat kebenaran teruskan saman terhadap rakan sekutu Jho Low
June 7, 2023· Politik
PMX diminta bawa bincang isu kalimah Allah ke MKI terlebih dahulu, titah Sultan Selangor
June 7, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Undi pos bagi PRN 6 negeri dibuka 15 Jun ini : SPR
4 jam lalu · Isu semasa
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
6 jam lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
10 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
11 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
10 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok