Pasukan khas tangani inflasi beri kesan positif: Mustapa

August 14, 2022 · Isu semasa

Penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dilihat memberi kesan positif terutamanya membabitkan penurunan harga barangan kawalan di pasaran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata penubuhan pasukan itu pada Jun lalu ternyata memberi kesan yang baik untuk menangani inflasi khususnya berkaitan penguatkuasaan seperti harga minyak masak dan sebagainya yang kini dilihat ada penurunan, lapor Bernama.

“Inflasi ini satu masalah yang dihadapi oleh dunia ketika ini. Alhamdulillah, setakat beberapa minggu ini kita dapati keadaan inflasi dunia dilihat reda sedikit dan ia mungkin akan memberi kesan yang baik kepada Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bangunan guna sama Jabatan Persekutuan di Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan dekat Tunjung, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapa, yang juga ahli Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, berkata, mesyuarat yang dilakukan sebanyak dua kali seminggu bagi membincangkan pelbagai isu dengan melibatkan pelbagai kementerian bersama pasukan itu menampakkan ia berfungsi dengan baik sekali.

Katanya, segala langkah dan tindakan yang diambil menerusi pasukan berkenaan dapat dilakukan secara lebih berfokus dan diberi perhatian yang khusus berbanding sebelum ini.

“Baru-baru ini juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada menyebut bekalan ayam juga telah kembali stabil selain harga yang dijual juga lebih rendah daripada harga siling yang ditetapkan iaitu RM9.40 sekilogram.

“Selain itu, kerajaan juga sedang mempertimbangkan beberapa rayuan daripada pengusaha ternakan ayam untuk mengeksport semula ke negara Singapura. Bagaimanapun, perkara ini masih belum diputuskan dan ia akan dipertimbangkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan,” katanya.

Berita berkaitan
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
May 29, 2023· Isu semasa
Inflasi Malaysia meningkat kepada 3.3 peratus April 2023
May 26, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah, tak mustahil cecah RM4.70 berbanding dolar
May 26, 2023· Isu semasa
Kenaikan OPR kejam, pakar ekonomi bidas BNM
May 13, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
11 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok