Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak akan dibubar, kata Annuar

September 15, 2022 · Isu semasa

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa menyangkal tuduhan bahawa ia telah gagal melaksanakan tugas mengawal kenaikan harga barang sehingga timbul cadangan untuk membubarkannya.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata ia termasuk tuduhan pasukan itu gagal mengawal kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini, menurut laporan Bernama.

Katanya, pasukan itu tidak akan dibubarkan sebaliknya terus bekerja keras untuk memastikan harga barangan dapat dikawal seterusnya membantu rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah.

“Misalnya harga minyak masak turun 40 sen, harga ayam turun…rakyat tetap merasa (penurunan harga). Pasukan ini tidak akan dibubar, banyak lagi kerja kita. Hal berkaitan polisi monetari negara bukan di bawah kuasa pasukan khas ini atau Kabinet, sebaliknya ditentukan jawatankuasanya sendiri (Jawatankuasa Dasar Monetari).

“Kabinet mahupun jawatankuasa kecil yang dibentuk Kabinet (Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi) tak boleh nak mengetepikan dasar monetari kerana ia ada undang-undang sendiri. OPR ditetapkan mengambil kira banyak faktor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persiapan dan raptai sambutan Hari Malaysia 2022 di Banda Hilir semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin dan Pengarah Bahagian Pengembangan Seni Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Rosnan Nordin.

Tegas Annuar, jika harga barang meningkat kerajaan tidak berdiam diri sebaliknya berusaha mengambil langkah intervensi untuk membantu rakyat.

Beliau berkata harga barangan dalam negara masih terkawal dan rendah jika dibandingkan negara jiran, hingga timbul masalah penyeludupan apabila harga barangan di Malaysia lebih murah.

Justeru, kerajaan akan terus meningkatkan kawalan di sempadan untuk memastikan barangan dari Malaysia tidak diseleweng ke negara jiran, katanya.

Berita berkaitan
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023· Isu semasa
Bekas menteri kewangan persoal kenaikan OPR ketika inflasi menurun
May 28, 2023· Isu semasa
Inflasi Malaysia meningkat kepada 3.3 peratus April 2023
May 26, 2023· Isu semasa
Kejatuhan nilai ringgit, Mat Maslan kata kerajaan serah kepada BNM cari jalan tangani
May 26, 2023· Isu semasa
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
4 minit lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu
[VIDEO] UMNO salah langkah, akan tersasar jika terus bersama DAP
May 28, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok