Pasukan Khas Jihad bawa kesan positif tangani inflasi: PM

August 27, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi menangani peningkatan kos sara hidup rakyat mula melihatkan hasil yang positif.

Beliau berkata kesan penubuhan pasukan itu menyaksikan kenaikan harga lebih terkawal dengan jaminan rantaian bekalan makanan dan barangan lebih meyakinkan terutama ayam dan minyak masak dalam botol, lapor Bernama.

“Kerajaan terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat mendepani isu kos sara hidup dan inflasi semasa yang melanda seluruh dunia.

“Langkah seterusnya, kerajaan memperluaskan dan menjenamakan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) kepada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) melibatkan 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara dan 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian semasa berucap melancarkan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) Peringkat Kebangsaan dan Penjenamaan Semula Program JMKM di Bera.

Program JMKM yang bermula pada minggu ketiga bulan ini hingga Disember ini menawarkan pengurangan harga barangan keperluan harian sehingga 20 peratus berbanding harga pasaran semasa setempat.

Beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM80 juta melalui lima kementerian sebagai agensi pelaksana untuk menjayakan JMKM sehingga akhir tahun ini, yang diharapkan akan memberi manfaat langsung kepada rakyat Malaysia.

Berita berkaitan
Pecat ahli tidak bersihkan UMNO, punca kekotoran masih di sana
January 28, 2023· Politik
RoS masih boleh muktamadkan usul dua jawatan tak dipertandingkan: Ismail Sabri
January 19, 2023· Politik
Jazlan bidas Ismail Sabri dan Hasni pertikai usul tiada pertandingan jawatan Presiden
January 18, 2023· Politik
Beratus juta tender diluluskan secara rundingan terus dalam kempen Keluarga Malaysia?
January 17, 2023· Isu semasa
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
February 1, 2023
Izzah pastikan tender teratur, itu sahaja: Anwar
January 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
3 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
3 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
5 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
6 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
1 jam lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok