Pasukan jihad tetap relevan: Annuar

July 24, 2022 · Isu semasa

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi memberi jaminan akan melakukan usaha berterusan dengan melaksanakan beberapa tindakan drastik mengenai inflasi dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata beliau perlu membuat penelitian serta keterlibatan dengan setiap pihak berkaitan sebelum memutuskan setiap langkah kerajaan dalam menangani kenaikan inflasi negara.

Sebelum ini, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyatakan Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia meningkat 3.4 peratus tahun ke tahun kepada 127.4 pada Jun 2022 berbanding 123.2 pada Jun 2021, melepasi purata inflasi di Malaysia bagi tempoh Januari 2011 hingga Jun 2022 sebanyak 1.9 peratus.

Menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin indeks makanan meningkat 6.1 peratus dan kekal sebagai penyumbang utama kenaikan inflasi pada bulan tersebut (Jun 2022).

Annuar menegaskan bahawa kenaikan inflasi negara tiada kaitan dengan keberkesanan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi memandangkan data yang dikeluarkan berdasarkan tempoh setahun lalu, sebelum pasukan khas itu diwujudkan.

“Kena faham sesuatu perkara bahawa data inflasi yang dikeluarkan itu adalah dalam masa setahun dan baru diumumkan kaji selidik itu merujuk Jun 2021 hingga Jun lepas…ia tiada kena mengena soal keberkesanan pasukan khas jihad,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat program Lelongan Jualan Keluarga Malaysia sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, di Kota Bharu, hari ini.

Annuar berkata pihaknya menerima data kenaikan inflasi itu sebagai petunjuk bahawa penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi adalah relevan ketika ini malah pada masa akan datang.

Menurutnya pasukan itu bertekad mengawal dan mengekalkan inflasi dan harga barangan makanan di negara ini pada kadar rendah.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata pasukan khas itu mengambil perhatian mengenai kenaikan inflasi Malaysia yang meningkat sehingga 3.4 peratus bagi tempoh Jun 2021 hingga Jun lepas.

“Pasukan khas mengakui ada trend kenaikan (inflasi) dan yang penting tugas kita (Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi) akan terus memantaunya supaya tidak berlaku peningkatan inflasi secara tidak terkawal.

“Maknanya, kerajaan tidak akan biar sahaja kenaikan (inflasi)…tugas kita sekarang ialah mengawal supaya (kadar inflasi) berada pada tahap tiga peratus dan kalau untuk barangan makanan sekitar lima hingga enam peratus,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar
August 17, 2022· Isu semasa
Pasukan khas tangani inflasi beri kesan positif: Mustapa
August 14, 2022· Isu semasa
Subsidi bersasar dilaksana apabila keadaan ekonomi mengizinkan: Zafrul
August 9, 2022· Isu semasa
Kerajaan belum putuskan ubah peraturan sekat eksport ayam
August 8, 2022· Isu semasa
Popular
Peguam sendiri tarik diri, Najib kata malang tak dapat beri hujah pembelaan
August 18, 2022
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
August 18, 2022
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
August 18, 2022
Bicara 1MDB libatkan Najib ditangguh, beri laluan rayuan kes SRC berlangsung
August 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
4,071 kes semalam, 7 kematian
5 minit lalu · Isu semasa
Rayuan Najib: Hisyam Teh buat pusingan ‘U’ tak failkan apapun hujahan
9 jam lalu · Isu semasa
SPRM masih teruskan siasatan skandal kapal LCS tak siap: Azam
10 jam lalu · Isu semasa
Setiausaha Agung UMNO pula ambil giliran ‘serang’ badan kehakiman
11 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh ke paras terendah sejak Januari 2017
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok