Pasukan jihad ada bukti ketirisan minyak masak subsidi ke Thailand

July 11, 2022 · Isu semasa

Tindakan tegas termasuk mengubah sistem bekalan akan diambil sekiranya masalah ketirisan minyak masak bersubsidi ke negara jiran terus berlaku, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berkata langkah tersebut antara yang dicadangkan selepas siasatan pasukan khas tersebut mendapat bukti yang cukup berkait ketirisan minyak masak bersubsidi yang cukup besar ke negara jiran.

Beliau berkata ketirisan yang berlaku menyebabkan pekan-pekan di negara jiran itu yang terletak berhampiran sempadan negara tidak putus bekalan minyak masak bersubsidi yang dijual pada harga antara RM7 hingga RM8 sekilogram.

“Siasatan mendapati minyak masak bersubsidi negara dijual berkarton-karton dalam kotak, bila datang dalam bentuk kotak yang belum dibuka ertinya datang terus dari kilang-kilang yang membuat pembungkusan.

“Hasil siasatan juga mendapati ada keterlibatan pihak tertentu. Saya tidak boleh umumkan di sini apa yang kita akan lakukan cuma saya nak katakan kita sedang bekerja keras, mereka yang terlibat jangan rasa boleh terlepas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Korban Perdana dan Majlis Akikah 2022 Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata tindakan awal sudah diambil bagi menangani masalah ketirisan minyak masak bersubsidi itu.

“Kalau saya sebut secara terperincil gagallah kerja-kerja yang jawatankuasa ini sedang jalankan, memadai dengan saya kata kita sudah ada cukup maklumat. Tindakan sudahpun diambil tetapi ada beberapa lagi (tindakan) akan diambil.

“Nasihat saya, tolong hentikan sebab kalau sistem yang ada sekarang ini tidak juga dapat diperbaiki (sehingga berlaku ketirisan) saya akan mempertimbangkan merombak keseluruhan sistem bekalan minyak bersubsidi,” katanya.

Annuar berkata pihaknya menyedari sekiranya rombakan terhadap sistem bekalan minyak bersubsidi dilakukan ia mungkin akan memberi kesan kepada perniagaan yang tidak terlibat dengan aktiviti penyeludupan, namun keperluan rakyat perlu lebih diutamakan.

“Ia mungkin akan menjejaskan peluang perniagaan bagi sesetengah orang tetapi kita tidak boleh mengutamakan beberapa peniaga (perlu) utamakan rakyat kerana rakyat di bawah tidak dapat bekalan sedangkan kerajaan belanja RM4 bilion.

“Saya faham mungkin ada peniaga yang akan terjejas kalau kita rombak keseluruhan sistem tetapi kalau itu perlu dilakukan, kita akan lakukan,” katanya.

Annuar berkata ketika ini satu pelan tindakan bagi mengatasi masalah kekurangan minyak masak telah dikenal pasti oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Jadi dalam tempoh dua bulan ini, kita telah ada satu pelan tindakan untuk mengatasi sementara bekalan yang tidak cukup di (peringkat) peruncit.

“Langkah bagaimana tidak perlu diumumkan tetapi perlu stabilkan bekalan di kedai-kedai. Kedua-dua pihak penguat kuasa dan pasukan petugas tambahan sedang menjalankan tugas dan mereka akan melaporkan kepada saya,” katanya.

Annuar berkata beliau akan bertemu 22 pengilang minyak masak pada minggu depan.

“Saya sendiri nak sampaikan mesej tegas mereka mesti bekerjasama kekang kebocoran dan ikut peraturan. Kalau usaha ini juga gagal macam saya katakan, saya tidak teragak-agak ubah keseluruhan sistem selagi minyak subsidi disalah guna, jawatankuasa yang saya pengerusikan akan bertindak tegas,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Pecat ahli tidak bersihkan UMNO, punca kekotoran masih di sana
January 28, 2023· Politik
Menara KL: Annuar ambil tindakan undang-undang terhadap individu buat fitnah
January 4, 2023· Politik
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
December 9, 2022· Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
December 9, 2022· Politik
Popular
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
February 5, 2023
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
February 5, 2023
Exco Selangor sahkan pembukaan tanah di Taman Negeri untuk pelaksanaan ECRL
February 4, 2023
Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat
February 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
580 mangsa banjir di 3 negeri pindah ke tujuh PPS hingga malam ini
8 jam lalu · Isu semasa
Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat
9 jam lalu · Isu semasa
‘Kumpulan tuntut, serang Sabah bukan waris sah Sultan Sulu’
9 jam lalu · Isu semasa
Kanser serviks kerap serang wanita muda
17 jam lalu · Isu semasa
Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman
February 4, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok