Pastikan belia tidak jadi generasi tertinggal, kata Muhyiddin

July 30, 2022 · Isu semasa

Kerajaan perlu memastikan golongan belia tidak menjadi generasi yang tertinggal atau ‘a lost generation’ akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak Januari 2020 lalu.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata menerusi maklum balas langsung yang diterima, ramai belia risau berhubung prospek ekonomi dan hala tuju negara.

“Perkara ini, terutamanya tentang peluang pekerjaan dan isu paras gaji yang rendah berbanding kos sara hidup yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini setelah mengadakan sesi dialog bersama belia anjuran MPN, Institut Masa Depan Malaysia dan Urus Setia Belia, Sukan dan pertubuhan bukan kerajaan Terengganu Sejahtera.

Sesi dialog itu merupakan antara siri jelajah libat urus anjuran MPN seperti yang pernah diadakan di Langkawi, Melaka, Johor Baharu dan Kota Bharu sebelum ini.

Ini juga merupakan sesi dialog kedua bersama belia yang telah beliau hadiri bagi mendapat input dan mendengar pandangan daripada golongan berkenaan yang merupakan kumpulan sasar penting untuk disantuni bagi memastikan usaha pemulihan negara sentiasa bersifat inklusif.

Mengulas lanjut bekas Perdana Menteri itu berkata ekonomi digital perlu diperkasa untuk menjana lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan, sementara inovasi perlu terus digalakkan supaya teknologi boleh terus diaplikasikan dan produktiviti terus meningkat.

Apabila produktiviti meningkat, Muhyiddin berkata paras gaji akan dapat terus meningkat dan nilai pendapatan yang lebih bermakna dapat dijana.

“Mindset generasi belia juga perlu berubah. Pekerjaan yang baik bukan sahaja ditawarkan oleh sektor seperti pembuatan dan perkhidmatan.

“Tetapi juga sektor seperti pertanian yang amat memerlukan penglibatan generasi belia untuk dibangunkan menjadi sektor strategik untuk memastikan kemampanan ekonomi negara di masa hadapan.

“Saya berharap golongan belia terus memainkan peranan sebagai pemangkin pemulihan negara. Bangkitkan semangat untuk terus menyumbang kepada negara dalam apa jua kapasiti sekalipun!,” katanya.

Sememangnya kesan pandemik Covid-19 masih dapat dirasa walaupun sudah lebih dua tahun sejak virus ini melanda seluruh dunia. Sepanjang pandemik Covid-19, banyak bantuan yang telah disalurkan kepada rakyat yang turut dimanfaatkan golongan belia.

“Dari yang menerima bantuan tunai dan subsidi upah daripada Kerajaan Persekutuan, ke program spesifik untuk menangani pengagguran di kalangan belia seperti MyStep yang telah berjaya menempatkan pekerjaan untuk 33,000 belia di seluruh negara.

“Beberapa program upskilling dan reskilling untuk menambah nilai untuk memudahkan golongan belia mencari pekerjaan, banyak yang telah diusahakan Kerajaan untuk memastikan golongan belia tidak tercicir dalam arus pembangunan sosio-ekonomi dan pemulihan.

“Alhamdulillah berkat usaha-usaha ini, kadar pengangguran di Malaysia termasuk di Terengganu telah menunjukkan penurunan. Kadar pengangguran di Terengganu pada tahun 2021 adalah 4.0 peratus, turun berbanding 4.1 peratus pada tahun sebelumnya.

“Untuk kadar pengangguran golongan belia di seluruh negara, 5.3 peratus untuk suku pertama tahun 2022 berbanding 5.9 peratus pada tempoh yang sama pada tahun 2021,” katanya.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin bermesra dengan kumpulan nelayan pada satu majlis di di Pelabuhan LKIM Chendering, Terengganu, hari ini (30 Julai 2022).

Sementara itu pada, majlis ramah mesra bersama nelayan negeri Terengganu di Pelabuhan LKIM Chendering, Muhyiddin berkata Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan akibat Covid-19, warga nelayan merupakan antara golongan yang terkesan teruk.

Menurutnya sumber pendapatan mereka terhenti kerana tidak dapat keluar ke laut mencari rezeki, namun kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika itu tidak melupakan golongan ini dan segera membantu menerusi beberapa pakej dan dana Prihatin bagi mengurangkan beban hidup.

“Di negeri ini sahaja, RM1.65 juta dana nelayan Penjana diperuntukkan kepada 11 persatuan nelayan manakala elaun sara hidup nelayan dinaikkan daripada RM250 kepada RM350.

“Saya sedar ramai warga nelayan masih lagi terkesan dengan impak pandemik malah jumlah yang jatuh miskin semakin membesar.

“Sebagai Pengerusi MPN saya mengesyorkan kepada kerajaan agar memperkenalkan skim subsidi bersasar sebagai salah satu cara membantu golongan ini,” katanya

Menurut Muhyiddin dengan cara ini, bahagian subsidi yang selama ini turut dinikmati oleh golongan kaya dapat diagih-agihkan untuk membantu nelayan dan kumpulan lain yang layak.

Berita berkaitan
MARA ada peruntukan cukup taja pelajar ke luar negara: Mahdzir
August 6, 2022· Isu semasa
Skim subsidi bersasar boleh jimatkan RM20 bilion perbelanjaan negara: MPN
July 30, 2022· Isu semasa
Prestasi ekonomi Malaysia masih kukuh: Jabatan Perangkaan Malaysia
July 28, 2022· Isu semasa
Gabenor jelaskan perbezaan Malaysia dengan Sri Lanka
July 24, 2022· Isu semasa
Popular
Bersatu gesa kerajaan tubuh RCI siasat skandal kapal tak siap
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022
PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pengarah urusan syarikat tipu pakeh umrah dipenjara 10 tahun
8 jam lalu · Isu semasa
Subsidi bersasar dilaksana apabila keadaan ekonomi mengizinkan: Zafrul
8 jam lalu · Isu semasa
Polis tahan Lelaki letak vape dalam mulut bayi
8 jam lalu · Isu semasa
PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
8 jam lalu · Isu semasa
Akaun Telegram Menteri Luar digodam
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
23 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok