Pasport Zahid dibenarkan pulang sementara, permohonan kekal dipulangkan ditolak

February 3, 2023 · Isu semasa

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibenarkan mendapat sementara pasportnya bagi membolehkannya memohon pasport diplomatik untuk menjalankan tugasan rasmi.

Bagaimanapun, permohonan Timbalan Perdana Menteri itu untuk kekal dipulangkan pasportnya sebelum ini ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur walaupun atas alasan mendapat mandat daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjalankan tugas rasmi kerajaan campuran.

Pasport diplomatik diperlukan oleh pemimpin negara untuk melakukan perjalanan ke luar negara dan lawatan rasmi ke negara lain.

Keputusan pemulangan sementara itu dibuat semasa prosiding hari ini yang dipengerusikan Hakim perbicaraan, Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Zahid sebelum ini menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sebagai syarat untuk dibebaskan dengan ikat jamin.

Sambil diperhatikan Zahid dari kandang tertuduh, Sequerah berkata Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa semua individu adalah sama di sisi undang-undang.

Hakim itu berkata dalam kes di Mahkamah Persekutuan pada 2009 melibatkan R Sivarasa yang menentang Badan Peguam Malaysia, memutuskan kesaksamaan di sisi undang-undang bermaksud tiada sesiapa yang memiliki kesitimewaan dan mengatasi undang-undang.

Zahid diperintah untuk membela diri atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Bagi 12 pertuduhan pecah amanah, Zahid didakwa menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman serta sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagi lapan pertuduhan rasuah, Zahid didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat, iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd, sebagai dorongan untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu, bagi membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG.

Beliau juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan membabitkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada kegiatan haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Berita berkaitan
Program dialog disekat UiTM, Syed Saddiq bidas kerajaan campuran
7 jam lalu· Uncategorized
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
15 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Popular
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Pertuduhan terhadap Ke Ting cacat, tak ikut undang-undang: Pembela
43 minit lalu · Isu semasa
Najib habis saluran undang-undang untuk rayuan, kata pendakwa raya
54 minit lalu · Isu semasa
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
4 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
7 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok