Pasir Salak jadi tuan rumah jelajah Keluarga Malaysia, Tajuddin jemput PM

June 28, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadiri siri jelajah “Aspirasi Keluarga Malaysia” di Parlimen Pasir Salak hujung minggu ini.

Kawasan Parlimen yang disandang Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman itu dipilih sebagai tuan rumah dalam siri jelajah kempen Keluarga Malaysia di Perak tetapi tidak diadakan di kawasan bersebelahannya, Parlimen Bagan Datuk.

Untuk rekod, Tajuddin baharu sahaja disingkir daripada Majlis Tertinggi selepas keputusan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggantikan tempatnya itu dengan pengikut Datuk Seri Najib Razak, Isham Jalil.

Malahan, Tajuddin dijemput dalam program Selamat Pagi Malaysia di TV1 pagi ini untuk mempromosikan acara tersebut.

“Di negeri lain, jelajah ini dijalankan di ibu negeri. Perak, lain. Kita buat di Pasir Salak. Pasir Salak istimewa,” katanya.

Acara selama tiga hari itu akan berlangsung di Litar Dato Sagor.

Ismail Sabri akan menghadiri majlis itu pada hari terakhir dan akan menjadi tetamu kehormat di “kenduri rakyat” yang dianjurkan Tajuddin.

Terdahulu, Tajuddin yang juga Duta Besar Malaysia ke Indonesia mengadakan sidang media khas dengan menjadikan Zahid sebagai sasarannya susulan penyingkiran daripada badan tertinggi parti itu.

Tajuddin menyerang Zahid dengan pelbagai dakwaan, antaranya berhubung kerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai cikgunya dan mendedahkan Zahid dan Najib tidak pernah menyokong Ismail Sabri sebagai calon PM.

Dalam pada itu, Tajuddin juga menggesa supaya Zahid berundur dan melepaskan jawatannya kerana terpalit dengan kes mahkamah yang menyebabkan imej parti tersebut tercalar.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
16 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok