Pasaran global tak menentu beri kesan kepada Bursa Malaysia

June 18, 2022 · Isu semasa

Bursa Malaysia dijangka diniagakan secara berhati-hati dengan kecenderungan ke arah aliran menurun pada minggu akan datang kerana para pelabur masih bimbang akan keadaan pasaran global yang masih tidak menentu, kata seorang peniaga.

Ketua Ekonomi Bank Islam Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata FTSE Bursa Malaysia KLCI diunjur bergerak sekitar paras 1,450 minggu depan dan akan terus kekal hambar memandangkan ketidaktentuan prospek ekonomi global dilihat semakin ketara, lapor Bernama.

“Bank-bank pusat utama nampaknya bertegas untuk menaikkan kadar faedah penanda aras mereka dalam usaha untuk mengelak tekanan inflasi. Ini akan dapat mengurangkan keadaan mudah tunai global dengan lebih berkesan,” katanya kepada Bernama.

Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pada hari Rabu menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas kepada antara 1.50 peratus dan 1.75 peratus selepas mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuannya.

Justeru, Afzanizam berpendapat pelabur institusi berkemungkinan besar akan meningkatkan pegangan tunai mereka memandangkan keadaan pasaran yang tidak menentu.

Pada Jumaat, FBM KLCI jatuh 16.03 mata untuk mengakhiri urus niaga pada paras 1,456.74, menyaksikan kaunter rugi sebanyak 726 rugi berbanding 267 kaunter untung.

Pada asas mingguan, FBM KLCI susut 37.21 mata kepada 1,456.74 daripada 1,493.95 pada minggu sebelumnya.

Di papan indeks, indeks FBMT100 menguncup 292.34 mata kepada 10,137.01, Indeks FBM Emas Syariah lemah 470.75 mata menjadi 10,526.49, Indeks FBM Emas berkurangan 335.78 mata kepada 10,397.87, Indeks FBM ACE jatuh 300.38 mata menjadi 4,833.98 manakala FBM 70 lemah 499.17 mata kepada 12,614.41.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 378.42 mata kepada 7,218.23, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 7.02 mata kepada 186.31 dan Indeks Tenaga mengecil 63.78 mata menjadi 719.89.

Sementara itu, indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 114.29 mata kepada 16,305.84, Indeks Penjagaan Kesihatan kerugian 141.43 mata kepada 1,669.81, dan Indeks Teknologi turun 4.76 mata kepada 63.00.

Dalam pada itu, jumlah dagangan mingguan lebih tinggi untuk mencatatkan sebanyak 13.95 bilion unit bernilai RM11.06 bilion berbanding 11.03 bilion unit bernilai RM7.49 bilion minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 8.34 bilion saham bernilai RM9.84 bilion daripada 6.42 bilion saham bernilai RM6.28 bilion pada minggu sebelumnya.

Bagi jumlah dagangan waran, ia mengukuh kepada 2.64 bilion unit bernilai RM468.76 juta berbanding 1.65 bilion unit bernilai RM291.43 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE pula mengembang kepada 2.95 bilion saham bernilai RM745.40 juta daripada 2.94 bilion saham bernilai RM916.51 juta minggu sebelumnya.

Berita berkaitan
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
June 1, 2023· Politik
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023· Isu semasa
Ringgit kekal momentum kejatuhan diheret sentimen pelabur di AS
May 31, 2023· Isu semasa
Pengeluar jam nafi dakwaan jam dirampas ada tulisan LGBT
May 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
4 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023 · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok