Pasaran buruh terkesan, penduduk bekerja rekod penurunan kecil: Perangkawan Malaysia

May 21, 2021 · Isu semasa

Pandemik Covid-19 melanda negara memberi kesan kepada pasaran buruh negara bagaimanapun langkah proaktif yang diperkenalkan kerajaan berjaya meminimakan impak yang dirasai dalam sektor ekonomi dengan jumlah penduduk bekerja merekodkan penurunan kecil.

Ketuanya, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata langkah yang diperkenalkan kerajaan berjaya mengimbangi kestabilan sektor ekonomi dan mengelakkan kejatuhan yang drastik terhadap pasaran buruh negara.

“Mekanisme yang lebih sistematik dan bersasar bagi meratakan gelombang ketiga Covid-19 dengan mengimbangi kestabilan sektor ekonomi telah menyaksikan ekonomi mencatatkan penurunan tahun ke tahun yang lebih perlahan iaitu 0.5 peratus pada suku pertama 2021 berbanding penyusutan 3.4 peratus pada suku sebelumnya.

“Selaras dengan ini, kemasukan ke pasaran buruh meningkat seperti digambarkan oleh penurunan kecil kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak negatif 0.2 mata peratus kepada 68.6 peratus berbanding penurunan 0.6 mata peratus pada suku keempat 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Mohd Uzir, kesan pandemik tidak dinafikan memberi impak kepada jumlah penduduk bekerja dalam negara dan peratusan pengangguran kekal tinggi tahun ke tahun, ia kesan daripada penularan pandemik dan langkah-langkah pencegahan yang terpaksa diperkenalkan bagi mengelak krisis kesihatan daripada berlaku.

“Dari segi penawaran buruh, penduduk bekerja merekodkan penurunan kecil tahun ke tahun sebanyak 7 ribu kepada 15.24 juta orang pada suku pertama 2021 berbanding pengurangan 93 ribu pada suku sebelumnya.

“Namun begitu, bilangan penganggur kekal tinggi sejak suku kedua 2020, dengan tambahan 225 ribu daripada 547 ribu orang (ST1 2020) kepada 772 ribu orang penganggur pada suku ini. Justeru, kadar pengangguran meningkat 1.3 mata peratus tahun ke tahun kepada 4.8 peratus (ST1 2020: 3.5%).

“Oleh yang demikian, bilangan tenaga buruh naik 1.4 peratus mencatatkan 16.01 juta orang (ST1 2020: 15.79 juta orang). Dalam tempoh yang sama, luar tenaga buruh meningkat 2.1 peratus (ST4 2020: 3.6%) kepada 7.32 juta orang (ST1 2020: 7.16 juta orang),” katanya lagi.

Permintaan buruh negara juga semakin pulih secara beransur-ansur selepas sektor ekonomi kembali dibuka dan permintaan buruh pada suku ini menurun pada kadar yang lebih perlahan berbanding suku sama tahun lalu, kata Mohd Uzir.

“Setelah pelaksanaan pelbagai tahap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sejak Januari 2021, lebih banyak aktiviti ekonomi dibuka semula secara beransur-ansur dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard yang ketat sejak pertengahan Februari dan awal Mac.

“Oleh itu, permintaan buruh pada suku ini menurun pada kadar yang lebih perlahan iaitu 1.5 peratus (ST4 2020: -2.4%) merekodkan 8.44 juta jawatan berbanding suku pertama 2020 (8.57 juta). Penurunan dalam bilangan jawatan disumbangkan oleh pengurangan 141 ribu jawatan diisi kepada 8.26 juta,” katanya lagi.

Sementara itu, Mohd Uzir juga menjelaskan jawatan dalam sektor ekonomi naik 12 ribu kepada 178 ribu, menunjukkan permintaan pekerjaan yang lebih banyak berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.

Selain itu, 17 ribu jawatan juga diwujudkan dan lebih separuh adalah dalam kategori separuh mahir.

Secara keseluruhan, Mohd Uzir berkata walaupun terdapat penurunan tahun ke tahun ekoran penularan Covid-19, pasaran buruh menunjukkan momentum pemulihan yang positif dan menjangkakan senario pasaran buruh akan kembali pulih sebelum keadaan pandemik.

“Walaupun didapati penurunan tahun ke tahun adalah lebih perlahan bagi kebanyakan indikator yang mana menunjukkan momentum pemulihan yang optimis, senario pasaran buruh pada suku ini belum kembali seperti tempoh sebelum COVID-19,” katanya lagi.

Namun, pelaksanaan PKP 3.0 menurut Mohd Uzir, para peniaga mungkin akan terus berdepan cabaran dan kemungkinan momentum pasaran buruh juga akan terganggu.

“Menuju kehadapan, PKP 3.0 telah dilaksanakan mulai 12 Mei sehingga 7 Jun 2021 disebabkan jangkitan harian yang terus meningkat.

“Dengan cabaran baharu ini, para peniaga mungkin akan terus berdepan dengan situasi yang kurang memberangsangkan pada suku kedua 2021. Keadaan ini dijangka akan menyebabkan gangguan terhadap momentum pemulihan pasaran buruh,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Imej negara tercalar akibat rasuah dan penyelewengan, kata PM duduk disebelah Zahid
February 24, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok