Pasangan umrah sah positif Omicron di Johor

Jabatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor mengesahkan pasangan suami isteri yang baharu pulang dari mengerjakan umrah positif varian Omicron.

Kedua-dua individu tersebut menunaikan umrah pada 4 Disember lalu dan pulang ke Malaysia menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 Disember lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, keputusan tersebut diperoleh selepas ujian saringan reaksi rantai polimerase (PCR) dijalankan di Pintu Masuk Antarabangsa yang dijalankan pada 16 Disember lalu dan disahkan positif pada 18 Disember lalu.

“Kini kedua-duanya sedang menjalani isolasi di rumah di Johor Bahru, selain kesemua kontak rapat kepada kedua-dua kes sudah dikenal pasti dan diberikan arahan pengasingan dan pemerhatian di rumah.

“Sampel PCR kemudiannya dihantar ke Institue Of Medical Research (IMR) bagi menjalani proses jujukan genom dan keputusan kemudiannya didapati positif Omicron.

“Susulan perkembangan terbaru ini, rakyat Johor yang pulang dari luar negara khususnya dari umrah dinasihatkan untuk mematuhi arahan kuarantin wajib yang diberikan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, walaupun sebahagian besar dari rakyat Johor sudah menerima vaksin, sentiasa berwaspada dengan mengamalkan kawalan kesihatan kendiri.

BERITA BERKAIT
POPULAR