Pasangan suami isteri ditahan bersama ganja 20kg

September 7, 2022 · Isu semasa

Polis menahan sepasang suami isteri dan merampas dadah jenis ganja seberat hampir 20 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM50,000 dalam serbuan di Kuala Kedah, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata kedua-duanya yang berusia 33 dan 29 tahun ditahan ketika melakukan kegiatan pengedaran dadah di pekarangan parkir sebuah premis di kawasan berkenaan, lapor Bernama.

“Sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah telah menjalankan pemerhatian selama 20 minit sebelum melihat sebuah kereta jenis Proton Saga memasuki kawasan itu.

“Polis menahan lelaki dan wanita itu serta melakukan pemeriksaan sebelum menjumpai dua beg kanvas di atas kerusi penumpang belakang yang mengandungi 20 bungkusan plastik lut sinar berisi ketulan mampat tumbuh-tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja seberat hampir 20kg,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-duanya yang merupakan nelayan dan tukang cuci didapati menggunakan kereta sewa untuk menjalankan kegiatan tersebut bagi mengelak dikesan polis.

Beliau berkata pasangan terbabit yang dipercayai menjadi pengedar sejak setahun lepas mendapat bekalan dadah dari selatan negeri itu sebelum dipasarkan di sekitar Kota Setar.

“Sekiranya dadah ini terlepas di pasaran, ia boleh digunakan oleh 20,000 penagih. Polis turut menyita sebuah kereta jenis Chevrolet dan motosikal jenis Yamaha milik suspek, dengan keseluruhan rampasan dianggar berjumlah lebih RM68,000.

“Suspek lelaki mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod lampau. Saringan urin terhadap kedua-dua suspek juga negatif,” katanya.

Ahmad Shukri berkata pasangan itu direman hingga 11 Sept ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B ADB 1952.

Berita berkaitan
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
4 jam lalu· Politik
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
4 jam lalu· Isu semasa
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
20 jam lalu· Isu semasa
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
24 jam lalu· Politik
Popular
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
2 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
2 jam lalu · Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
5 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
5 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
23 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok