Pasangan kekasih mengaku tidak bersalah larikan bayi 9 bulan

August 30, 2022 · Isu semasa

Seorang remaja perempuan dan teman lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas pertuduhan melarikan seorang bayi perempuan berusia embilan bulan dari rumah pengasuhnya, di Bukit Mertajam, minggu lepas.

Remaja perempuan berusia 14 tahun dan Muhammad Azrin Budimaeng, 18, yang bekerja sambilan di sebuah restoran, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurulrasyidah Mohd Akit, lapor Bernama.

Mengikut kertas pertuduhan, remaja itu dan Muhammad Azrin berniat secara bersama melarikan bayi tersebut dari sebuah rumah di Pangsapuri Idaman Taman Pauh Perai, di Bukit Mertajam, kira-kira jam 5.30 petang, 23 Ogos lalu.

Mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali tidak menawarkan sebarang ikat jamin memandangkan ia adalah kesalahan yang tidak boleh diikat jamin serta mengambil kira keseriusan kesalahan itu.

“Bagaimanapun, sebagai alternatif, sekiranya mahkamah memutuskan untuk membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin, saya memohon jaminan tinggi dengan syarat yang ketat,” katanya.

Peguam Fatin Nabila Hussin, yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon mahkamah membenarkan ikat jamin atas alasan remaja perempuan itu masih muda, merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, dan kini tinggal bersama datuk dan neneknya yang masing-masing berusia 75 dan 68 tahun.

Sementara itu, Muhammad Azrin merupakan anak kedua daripada lima beradik dan terpaksa bekerja dua hari seminggu di sebuah restoran dengan pendapatan RM50 sehari untuk membantu keluarganya memandangkan ibunya sakit dan bapanya tidak mempunyai pekerjaan sepenuh masa.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Okt depan untuk serahan dokumen.

Bagaimanapun, ibu atau ayah remaja itu sahaja dibenarkan sebagai penjamin.

Bercakap di luar mahkamah, Fatin Nabila berkata bapa remaja perempuan itu bersetuju menjadi penjamin namun tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini atas urusan yang mendesak.

Berita berkaitan
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
2 jam lalu· Politik
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
September 27, 2023· Isu semasa
Permohonan Najib ketepi injunksi saman 1MDB beku aset RM681 juta ditolak
September 27, 2023· Isu semasa
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023· Politik
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
2 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
2 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
22 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
22 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok