PAS umum tangguh pemilihan sebelum berakhir mandat, UMNO tidak: kata RoS

August 7, 2021 · Isu semasa

Penangguhan pemilihan UMNO hanya diputuskan selepas berakhir mandat Majlis Tertinggi (MT) pada 30 Jun lalu, ia berbeza dengan keputusan yang dibuat PAS pada 7 Mac sebelum berakhir Mesyuarat Agung, kata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Malah, UMNO semasa Perhimpunan Agung (PAU) 2020 juga tidak membuat ketetapan untuk menangguhkan pemilihan parti sehinggalah kemudiaannnya RoS menerima menerima maklum balas daripada Setiausaga Agung UMNO bertarikh 30 Julai 2021 mengenai petikan minit mesyuarat MT pada 7 Julai 2021 berhubung keputusan menangguhkan pemilihan MT, bahagian, cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri untuk penggal 2021/2023.

Untuk rekod, mandat MT UMNO berakhir pada 30 Jun dan sepatutnya sebarang keputusan untuk menangguhkan pemilihan perlu dihantar sebelum tarikh terakhir mandat itu.

Disini jelas menunjukkan berlaku kesilapan yang secara terang-terangan melanggar peraturan yang ditetapkan oleh RoS.

Ketua Pengarah RoS Jasri Kasim berkata PAS memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti pada waktu yang masih sah untuk melakukannya.

“PAS kemukakan penangguhan sebelum tempoh mesyuarat agung tamat,” katanya dipetik laporan sebuah portal.

Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mendakwa PAS juga mengambil langkah sama menangguhkan pemilihan mereka tetapi tiada tindakan dikenakan, namun beliau tidak memahami fakta sebenar.

Pada 7 Mac Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan keputusan parti itu menangguhkan pemilihan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15, ia sebelum berakhir mandat parti itu.

Pada 29 Jun lalu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan MT menetapkan parti merujuk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bagi mendapatkan panduan kerana negara dan rakyat sedang menghadapi pandemik Covid-19.

Katanya beliau telah menulis surat kepada Ketua Pengarah (KP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain menulis kepada Ketua Pengarah JPPM berhubung perkara berkenaan.

Katanya surat jawapan telah diperoleh daripada KP KKM bertarikh 10/5/21; KP JPPM bertarikh 2/6/21 dan MKN bertarikh 11/6/21 yang mencadangkan mesyuarat dan pemilihan UMNO dibuat secara dalam talian.

Untuk rekod terdapat 66,287 mesyuarat dan pemilihan yang perlu diadakan membabitkan kehadiran seramai 3.3 juta ahli UMNO iaitu pada peringkat cawangan sebanyak 21,135 mesyuarat; Wanita (21,058 mesyuarat); Pemuda (15,496 mesyuarat); dan Puteri (8,598 mesyuarat).

Terdapat juga 764 persidangan perwakilan bahagian yang terdiri daripada 191 persidangan untuk setiap empat peringkat di Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri, yang semuanya mesti dijalankan secara serentak.

Berita berkaitan
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
3 jam lalu· Isu semasa
Keputusan parti Zuraida dan beberapa parti lain sertai BN dibuat esok
5 jam lalu· Politik
Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN
5 jam lalu· Politik
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
August 12, 2022· Politik
Popular
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Skandal LCS: Jangan salahkan orang lain kata Kit Siang kepada Najib
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
3 jam lalu · Isu semasa
Permintaan terpendam percepat pertumbuhan KDNK: Tengku Zafrul
3 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
4 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah dikesan di Kundasang
5 jam lalu · Isu semasa
Selangor, Kuala Lumpur catat kes tertinggi Covid-19 semalam
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok