PAS setuju tangguh pengundi 18 tahun, pendaftaran automatik

March 26, 2021 · Isu semasa

PAS hari ini menyatakan sokongan dan persetujuan terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi berusia 18 tahun.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sokongan itu diberikan atas alasan kelayakan mengundi bukan sahaja bergantung kepada usia 18 tahun, tetapi juga pemilih mesti seorang yang matang.

Katanya, Malaysia tidak perlu terikut-ikut dengan konsep demokrasi di negara Barat yang hanya berpandukan kepada umur 18 tahun semata-mata.

“Sebaliknya yang lebih penting ialah kematangan seseorang memilih kerajaan kerana dalam Islam ada disebut mengenai tahun kematangan itu. Undi (18 tahun) bergantung kepada kematangan, jangan (kira) undi 18 tahun sahaja, mesti ada kematangan.

“Kita (Malaysia) tak boleh terpengaruh dengan demokrasi Barat. Dalam Islam ada disebut tahun kematangan. Kematangan boleh berlaku (umur) 16 tahun, 18 tahun, boleh berlaku 25 tahun. (Ada) Orang 40 tahun tak matang lagi pun ada, malangnya kita (negara) berpandu kepada konsep demokrasi barat, pada umur bukan kematangan.

“Sebab itu perlu dibuat pertimbangan kepada kematangan bukan kepada umur sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Kuliah Dhuha Jumaat di Masjid Rusila, Marang, hari ini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang dan UMNO membantah kenyataan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh yang berkata, pendaftaran pemilih automatik dan undi 18 tahun, yang diluluskan Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019 dijangka hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022.

Abdul Hadi berkata, PAS tidak terkesan jika pelaksanaan pendaftaran pemilih undi 18 tahun itu ditangguhkan kerana mahu rakyat yang lebih matang dalam memilih kerajaan.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Lelaki dirakam CCTV raba bontot dihukum penjara setahun
March 31, 2021
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok