PAS Selangor perjelas pendirian parti isu Bon Odori kepada Sultan

June 16, 2022 · Isu semasa

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi semalam menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan dan memperjelaskan pendirian parti itu berhubung Festival Bon Odori.

Setiausaha PAS Selangor Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir berkata Sultan Sharafuddin ingin tahu apakah pendirian parti berkenaan terhadap festival yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Shah Alam, petang ini.

“Baginda ingin tahu pendirian kami dalam perayaan Bon Odori. Baginda memberi pandangan dan kami juga persembahkan kepada baginda bahawa kami menghormati pendirian baginda.

“Kami memberitahu Tuanku pendirian kami dan yang paling penting kami memberitahu baginda bahawa kami menyokong peranan istana dalam menyatukan rakyat. Kami tidak mempunyai masalah antara satu sama lain,” katanya menurut laporan NST.

Terdahulu, Facebook Pejabat Diraja Selangor melaporkan Sultan Sharafuddin menitahkan Yunus menghadap baginda di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Pertemuan berkenaan berlangsung kira-kira sejam, menyusul kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor itu pada 10 Jun lalu yang mengingatkan umat Islam agar tidak mengambil bahagian dalam perayaan Bon Odori.

Roslan menjelaskan, pendirian PAS sama seperti disuarakan Naib Presidennya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad yang menasihatkan umat Islam supaya tidak menyertai perayaan itu.

Katanya lagi, PAS Selangor akur dengan apa dinyatakan Idris yang sekadar berbentuk nasihat kepada umat Islam supaya tidak menghadiri festival terbabit, bukan meminta program itu dibatalkan.

Sebelum ini, Idris menasihatkan umat Islam tidak menyertai program Festival Bon Odori kerana kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati ia mempunyai unsur keagamaan lain dan alasan kebudayaan Jepun semata-mata tidak cukup merit untuk dipertimbang bersama.

Katanya lagi, Dewan Ulama PAS sebelum ini turut memberi nasihat sama kepada Kerajaan Kelantan supaya tidak lagi menyenaraikan tarian Bon Odori sebagai acara persembahan kebudayaan dalam Festival Kebudayaan Kelantan-Jepun 2022 yang diadakan Mei lalu.

Minggu lalu, Sultan Selangor mencadangkan Idris hadir ke festival berkenaan supaya beliau dapat memahami perbezaan di antara agama dan budaya kerana festival terbabit adalah perayaan kebudayaan yang sudah diraikan di Malaysia sejak berpuluh tahun lalu.

Baginda berpandangan Bon Odori dirai bagi mengeratkan semangat muhibah di antara rakyat Malaysia dengan komuniti Jepun yang bekerja dan bermastautin di negara ini.

Berita berkaitan
Tajuddin sudah sahkan siapa punca MN jadi porak-peranda, kata PAS
June 28, 2022· Politik
Kedua-dua lambang boleh digunakan PAS, kata Sanusi
June 26, 2022· Politik
Hak PAS untuk tawar kerusi kepada Tajuddin, kata Faizal
June 25, 2022· Politik
Cadangan PAS guna logo sendiri akan dibincang, kata Hamzah
June 25, 2022· Politik
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
1 jam lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
2 jam lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
3 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
3 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok